Taliban Sumber Mineral Trilion

Penguasaan Afghanistan, Taliban Warisi Sumber Mineral RM4.24 Trilion

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penguasaan Afghanistan, Taliban Warisi Sumber Mineral RM4.24 trilion.

Afghanistan kini dilanda krisis politik dan kemanusiaan, setelah Taliban kembali menguasai sejumlah besar bandar di sana.

Dengan penguasaan Taliban, kumpulan itu juga kini mewarisi sumber semula jadi yang dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.24 trilion) yang dapat memberi peralihan dunia ke tenaga boleh diperbaharui.

Namun, disebabkan perang yang tidak berkesudahan selain infrastruktur lemah, ia menjadi penghalang kepada usaha mengeluarkan sumber mineral itu bagi meningkatkan kekayaan ekonominya.

Menurut laporan oleh Kajian Geologi AS (USGS) Januari lalu, sumber mineral semula jadi yang berharga itu termasuk bauksit, tembaga, bijih besi, litium dan nadir bumi.

Tembaga yang diperlukan untuk membuat kabel kuasa menjadi antara komoditi terpenting tahun ini apabila harganya melonjak menjadi lebih dari AS$10,000 (RM42,379.99) satu tan.

Lithium pula ialah elemen penting untuk membuat bateri kereta elektrik, panel solar dan kincir angin.

Permintaan dunia untuk litium dijangka meningkat lebih 40 kali ganda menjelang 2040, menurut Badan Tenaga Antarabangsa.

Taliban Sumber Mineral Trilion

Pengarang buku The Rare Metals War, Guillaume Pitron berkata, Afghanistan ‘duduk’ di atas rizab besar litium yang belum diterokai hingga hari ini.

USGS menganggarkan nilai kekayaan mineral yang belum diterokai negara itu dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.24 trilion) walaupun pegawai Afghanistan menyatakan ia tiga kali lebih tinggi.

Afghanistan sudah melakukan penggalian batu berharga seperti zamrud dan rubi serta turmalin separa berharga dan lapis lazuli yang lebih baik, bagaimanapun perusahaan itu berdepan isu penyeludupan ke Pakistan.

Afghanistan juga melombong mineral lain termasuk talc, marmar, arang batu dan besi.

Selain sumber mineral, Afghanistan juga antara negara penanam candu tertinggi di dunia dengan menghasilkan lebih 80 peratus bekalan global dan menyediakan beratus-ratus ribu pekerjaan dalam ekonomi yang sentiasa mengalami kekurangan wang.

Pengangguran dan tidak ada pekerjaan yang stabil antara punca ramai rakyat mengusahakan penanaman popi lebih-lebih lagi apabila pandemik COVID-19 melanda.

Taliban Sumber Mineral Trilion

Walaupun peralihan kuasa oleh Taliban boleh menjejaskan pelabur asing, China muncul satu-satunya negara yang bersedia melakukan perdagangan dengannya.

Sumber: BH