
Pengkritik Tidak Tahu Apa-Apa Tentang Automotif – Dr M Ketika Ditanya Tentang Kereta Nasional Ketiga
Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian beliau untuk melaksanakan projek kereta nasional ketiga walaupun ditentang dan dikritik segelintir rakyat Malaysia.
Malah, beliau menemplak pihak yang mengkritik hasrat kerajaan untuk memperkenalkan projek tersebut. Tun M menegaskan, industri automotif merupakan pemacu kepada sektor lain terutama dalam bidang kejuruteraan.
Katanya, ia sebagai salah satu langkah bagi membolehkan rakyat Malaysia mempelajari dan memahami teknologi kejuruteraan automotif.

“Mereka mengatakan tidak perlu mengeluarkan kereta nasional ke-3, kerana ia adalah buruk, ia adalah satu pembaziran wang. Tetapi adakah mereka melihat teknologi yang kita ada?
“Rakyat Malaysia fikir mereka tahu semuanya tetapi mereka tidak. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai kejuruteraan automotif,
“Kita (Malaysia) tak tahu apa-apa tentang kejuruteraan automotif. Sebab itu kita (mahu) perkenal kereta nasional ketiga – untuk belajar.”
Beliau turut memberi contoh kejayaan China mengorak kemajuan besar atas penglibatannya dalam bidang automotif.
“Lihat kemajuan yang dicapai oleh China sejak sekian lama kerana sikap mereka yang menerima, untuk masuk ke dalam perniagaan automotif,” katanya.
Sementara itu, Dr. Mahathir turut memuji penyertaan kira-kira 70 kereta Proton Saga edisi awal pada festival berkenaan yang dilihat berupaya berlumba dan mengeluarkan bunyi mirip kereta Formula Satu (F1).
Jun tahun lalu, Dr Mahathir dilaporkan bercadang mewujudkan jenama kereta nasional baharu, bagi menggantikan Proton yang tidak dianggap sebagai jenama nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat asing, Geely.
Bukan itu sahaja, malahan negara juga sedang mengorak langkah dengan membangunkan teknologi kenderaan baharu iaitu dengan pembuatan kereta terbang. ‘Kereta terbang’ pertama negara dibangunkan oleh Aerodune diperlihatkan di acara LIMA 2019. Namun disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), ujian penerbangan UAS E-Hang 216 tidak jadi ‘diterbangkan’ dan dikatakan bakal diterbangkan pada waktu terdekat.
Dalam satu temu bual, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu agar rakyat membetulkan persepsi bahawa istilah ‘kereta terbang’ yang digunakan adalah tidak tepat. Kata beliau, kerajaan tidak memaksa mana-mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit dan sentiasa terbuka terhadap semua cadangan atau kritikan yang dilontarkan pada projek dron yang dijalankan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan itu.
Sumber: FMT
Trending now



