
Pengharaman Buku Hina Jata Negara, Rakyat Terlampau Sensitif Hingga Sekat Kreativiti Minda Artistik?
Pengharaman buku hina jata negara, rakyat terlampau sensitif hingga sekat kreativiti minda artistik?
Akhir Jun lalu, kulit sebuah buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia menjadi tular susulan daripada rekaan yang menyerupai imej mirip jata negara.
Buku suntingan Kean Wong yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Gerakbudaya mendapat perhatian meluas sehinggakan ramai yang mendesak agar buku ini diharamkan kerana seakan menghina kedaulatan negara.
BACA: Buku Papar Imej Mirip Jata Negara Satu Penghinaan
Sama ada disengajakan atau tidak, kulit buku yang dikatakan diambil daripada lukisan yang pernah dipamerkan kepada umum di sebuah galeri di Kuala Lumpur pada tahun 2014.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1965740196892520?__xts__%5B0%5D=68.ARAqXumpPmOxanj2T4T04ElFN8O34psni0SlnhqftWG_dIxSOQfrV3NJJiAnzWSAiYJJfgfsrcCplTrErQj-2MK-GT_IAa8dajRQ5LqC0d-evbmpo7n8BIdU5stvvMWuF32yBhZ0temrLmR_MlJp43GakfjbZRhj36lMXQcMSJ7fKzvjhbYUThozHtgEtn3Qoeoj6xB43PsiHtwkX5cTl0C1Q_QOuX9EPGs9CRSNfVzBuXZ-5hruWrfm6pJPq0mE91WysVDJwS–Vf7aKPo7h9sgnTqPJEFGFIemcmu0OjQMxl9Eh4Ma9GcyDJRBg8y2GFjlSdzB04pN3gfxzPY6Re1e9bSP&__tn__=-R
Cakna dengan isu ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku berkenaan berkuat kuasa 1 Julai lalu menurut Warta Kerajaan bertajuk Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2020 yang membabitkan larangan secara mutlak terhadap buku tersebut.
Dalam perintah yang dibuat melalui peruntukan mengikut subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin itu menamakan penyunting buku, Kean Wong, penerbitnya,Strategic Information and Research Development Centre beralamat di Petaling Jaya dan pencetak buku, Vinlin Press Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.
“Pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pekeliling, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan dalam jadual yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan memudaratkan kepentingan negara adalah dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia.”
Serbuan juga telah dilakukan terhadap syarikat penerbitan dan mendapati buku tersebut sudah dicetak sebanyak 1,000 naskhah yang mana sebanyak 687 sudah pun terjual secara dalam talian dan baki sebanyak 313 yang masih tersimpan telah dirampas.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1964547693678437?__tn__=-R
Tindakan KDN itu nyata menimbulkan kritikan beberapa pihak yang tidak bersetuju dengannya termasuklah kumpulan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty yang menyifatkan ianya adalah satu langkah jelas untuk menghalang kebebasan bersuara orang ramai.
Penyelaras Lawyers for Liberty, Zaid Malek berkata kebebasan bersuara adalah hak asasi yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan ianya tidak seharusnya disekat semata-mata kerana ada pihak yang tidak menyukai ekspresi atau karya seni tersebut.
Dalam satu kenyataan, Zaid menegaskan kerajaan seharusnya menegakkan hak kebebasan bersuara dan tidak tunduk kepada pihak yang ingin mempergunakan nama negara demi agenda politik dan tiada alasan mengapa pihak berkuasa harus melayan kemarahan yang direka.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tanah Rata, Chiong Yoke Kong pada 30 Jun lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa isu kulit buku ini adalah isu kecil yang dipolitikkan dan tindakan menyiasatnya disamakan sebagai menyekat kreativiti minda artistik.
Bukan itu sahaja, Chiong turut mengkritik tindakan pemuda daripada Parti Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis adalah sebagai usaha mempolitikkan isu berkenaan demi meraih dan memanipulasikan sentimen rakyat.
Kritikan Chiong kemudiannya dibalas penulis yang juga wartawan, Mak Khuin Weng. Kata Mak, hujah Chiong ini benar sekiranya beliau adalah iindividu yang tidak menghormati dan setia kepada institusi kerajaan dan menyatakan bahawa cara pemikiran ini adalah sama seperti cara pemikiran aktivis Hong Kong yang langsung tiada perasaan kesetiaan kepada Beijing dan hanya mahu merombak sistem kerajaan.
Kebebasan bersuara dalam minda kreatif perlu ada batasnya. Namun sebagai rakyat sesebuah negara, adalah menjadi keperluan untuk menghormati sistem kerajaan sedia ada, kerana tidak kira siapa yang mengambil alih kerajaan, ahli politik hanya boleh memerintah sekiranya rakyat masih menghormati sistem kerajaan dan memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk menjaga keselamatan dan hak rakyat.
https://www.facebook.com/337348560538415/photos/a.337908403815764/592644828342119/?type=3&theater
Trending now



