Penghantar Makanan Nyaris Terjunam Jalan Berlubang

Penghantar Makanan Nyaris Terjunam Dalam Lubang Besar Tengah Jalan Di Kota Kinabalu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penghantar Makanan Nyaris Terjunam Dalam Lubang Besar Di Tengah Jalan.

Seringkali melihat kes kemalangan disebabkan oleh jalan rosak dan berlubang – baik kereta, baik motosikal yang terkena, namun perkara ini amat mengecewakan kerana kita pula yang perlu tanggung akibat dan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu.

BACA: Jalan Berlubang: Terapi Berkesan Untuk Orang Sakit Jantung?

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang mengejutkan orang ramai, memaparkana seorang penghantar makanan yang nyaris terjunam dalam sebuah lubang besar di tengah jalan.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu kira-kira jam 12 tengah hari.

Kejadian mendapan hingga terbentuk lubang berjaya dirakam pemilik salah sebuah rumah di kawasan berhampiran melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) miliknya.

Menerusi rakaman CCTV terbabit, kelihatan seorang penghantar makanan juga hampir terjunam ke dalam lubang besar berkenaan namun sempat memberhentikan motosikal ditunggangnya sebelum terjatuh ke bahu jalan.

Difahamkan, diameter lubang mendapan tersebut berkeluasan kira-kira 20 kaki dengan kedalaman hampir 10 kaki.

Penghantar Makanan Nyaris Terjunam Jalan Berlubang
Sumber: Twitter

Dalam pada itu, laluan berkenaan telah ditutup buat sementara waktu susulan terdapat mendapan hingga mengakibatkan lubang di jalan itu.

Penduduk sekitar situ mengharapkan jalan berlubang itu dapat diperbaiki dengan cepat kerana ia boleh membahayakan penggunakan jalan raya yang melalui jalan ini khususnya ketika waktu malam dan hari hujan.

Salah seorang pengguna Twitter yang melihat kejadian itu mengatakan kejadian tersebut merupakan kali ketiga berlaku dan sehingga kini masih tidak mengetahui punca sebenarnya.

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah Ir Ali Ahmad Hamid memaklumkan bahawa syarikat konsesi Globinaco sudah diarahkan untuk meninjau lokasi kejadian.

Pihak mereka juga telah memaklumkan tentang struktur jalan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana laluan tersebut melibatkan aset pembentungan mereka.

Sumber: Harian Metro