Bahaya Vape 1

Pengguna Vape Lebih Berisiko Hidap Penyakit Kanser, Strok Dan ‘Paru-Paru Popcorn’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang berpendapat bahawa menggantikan rokok dengan rokok elektrik dapat mengurangkan tabiat merokok. Tapi, tanpa sedar penggantian tersebut telah menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap risiko penyakit serangan jantung, kanser dan strok kepada penggunanya.

Hasil daripada kajian membuktikan bahawa pengguna rokok elektrik berisiko 71% lebih tinggi untuk mendapat serangan strok daripada bukan pengguna. Persatuan Jantung Amerika memberikan amaran bahawa bahawa rokok elektrik berperisa membawa risiko bahaya seperti ‘paru-paru popcorn’.

Bahaya Vape 2

‘Paru-paru popcorn’ atau bronchiolitis obliterans terjadi apabila saluran kecil paru-paru (bronchioles) terhalang akibat daripada keradangan dan akan menyebabkan gejala batuk kering, sesak nafas dan kepenatan yang semakin teruk dari semasa ke semasa.

Kajian saintifik turut mendapati bahawa kegiatan vape boleh meningkatkan risiko penyakit pernafasan dan mempunyai kaitan dengan kanser paru-paru.

Kebanyakan daripada pengilang tidak menyenaraikan kesemua bahan yang digunakan dalam proses pembuatan rokok elektrik dan ianya menyebabkan kesukaran kepada pengguna untuk mengenal pasti bahan-bahan kimia yang terdapat di dalamnya.

Bahaya Vape

Hasil ini didapati daripada kajian yang dilakukan kepada 66,795 orang yang menggunakan rokok elektrik secara kerap. Manakala 343,856 orang adalah daripada kumpulan terkawal yang mana tidak pernah menggunakan rokok elektrik.

Hasil daripada pemerhatian, mereka mendapati bahawa pengguna rokok elektrik terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti:

71% risiko tinggi strok
59% risiko tinggi serangan jantung
40% risiko tinggi penyakit jantung

Walaupun penggunaan rokok elektrik sebagai alternatif untuk mengurangkan tabiat merokok, pengguna perlu sedar bahaya implikasi kepada perbuatan tersebut adalah sama seperti menggunakan rokok biasa.

Contohnya, walaupun kadar karsinogen dalam rokok elektrik jauh lebih rendah daripada rokok biasa, ianya tetap membawa risiko pengguna untuk mendapat kanser,terutamanya untuk golongan belia termasuklah remaja.

Penggunaan vape yang bebas nikotin sebenarnya turut memberikan kesan kepada kesihatan paru-paru seperti keradangan, dan ada sesetengah kandungan di dalam cecair vape boleh membawa kepada kerosakan tisu.

Buat anda yang masih berpendapat bahawa vape atau rokok elektrik adalah lebih selamat daripada rokok biasa, ketahuilah anda salah.

Daripada membahayakan kesihatan dengan perbuatan merokok, ada baiknya jika anda cuba untuk berhenti.

Sumber: Healthy And Natural World