pusat servis kereta

Pengguna Kereta Baru Berhati-Hati Dengan Pusat Servis Kereta. Jika Tidak, Anda Bakal Ditarah Hidup-Hidup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semenjak kerajaan memberi pelepasan cukai untuk pembelian kereta baharu, ramai yang tidak melepaskan peluang ini. Jualan kereta semenjak pandemik meningkat dengan amat cepat.

Apabila membeli kereta baharu pula, anda wajib untuk membuat servis di pusat servis kereta milik jenama yang anda beli bagi menikmati jaminan yang diberi oleh pihak pengeluar. Jika tidak, jaminan anda akan luput.

Walaupun begitu, ada pusat servis kereta atau service centre (SC) yang mengambil kesempatan menyediakan servis yang tak perlu kepada pemilik kereta. Perkara ini yang dibangkitkan oleh Hafyzul Ariffin. Jom ikuti penulisan beliau.

pusat servis kereta

Pusat Servis Kereta Tekan Harga Mahal Untuk Servis Minor

Hati-hati kalau bawak kereta pergi servis kat service center terutamanya orang perempuan.

Tadi saya bawak kereta orang rumah saya. Toyota Yaris. Mileage dah 17k KM. Sepatutnya servis minor je.

Sampai kat SC dia bantai quote sampai RM800. Kepala bana dia saya berkata dalam hati. Saya tanya orang SC tu apsal sampai RM800? Kan tukar minyak hitam je.

Dia kata kena buat allignment balancing RM70.

Servis aircond RM270.

Injector cleaning apa jadah cleaning lagi entah tadi RM195.

Saya cakap kat dia, “Ni kereta baru, apsal kena servis aircond?”.

“Tak boleh encik ini memang wajib buat sebab dalam warranty ada tulis”.

Saya cakap, “Tak nak buat ini tak perlu. Yang lain-lain pun tak payah. Saya nak buat tukar minyak hitam je”.

“Okay encik, so ini tak payah ya”.

Ha, boleh pulak tak payah buat. Animal monkey punya SC. Kereta bunga tayar tak luak lagi nak suruh buat alignment balancing. RM70 pulak tu. Kat luar baru RM25.

Lagi satu, injector cleaning tu. Kalau kereta dah 100k mileage logik jugak buat. Ni kereta baru keladak pun tak sempat bertakung lagi dalam enjin, nak bersihkan apanya.

pusat servis kereta

Kalau orang yang tak tau tu buta-buta je bagi RM500 kat SC. Buang duit untuk barang yang tak rosak dan tak perlu repair pun.

Brand lain saya tak pastilah tapi rata-rata modus operandi SC memang macam ni.

Selagi boleh tarah, dia tarah customer sebab orang Malaysia kebanyakan tak ambil tahu benda-benda macam ni.

Pastu 10 tahun kereta nak kena lupus. Yang patut kena lupus tu menteri umur 60 tahun ke atas. Umur dah lepas EPF pun sibuk nak ambik rasuah lagi.

BACA: RON95/97/100 – Mana Lebih Sesuai Dan Jimat Untuk Kereta Anda?

Sumber: Hafyzul Ariffin