
Pengguna iPhone ‘Orang Miskin Bajet Kaya’ – Kajian
Umum sedia maklum, harga sebiji telefon bimbit jenama iPhone bukanlah murah, malah jika melihat model terbaharu seperti iPhone 11, memang tidak mampu untuk ekonomi kini.
Namun kerana kecanggihan iPhone, ramai yang masih memilih untuk memiliki telefon bimbit jenama ini.
Akan tetapi, tahukah anda, ada kajian menunjukkan bahawa pengguna iPhone sebenarnya merupakan ‘orang miskin bajet kaya’?
Menurut laporan daripada akhbar Daily Mail, satu daripada lima pengguna iPhone di Britian mengakui baki di dalam akaun bank mereka tidak mencukupi kerana harga iPhone yang dibeli hampir dua kali ganda daripada gaji purata mereka.
Jika dibandingkan akaun iPhone dengan akaun pengguna Android, maka 54% daripadanya mendapati akaun pengguna Android berada dalam zon selamat berbanding zon merah pengguna iPhone.
Malah kajian juga dapati, sebahagian gaji pengguna Android adalah jauh lebih tinggi daripada gaji pengguna iPhone!
Maka, baki akaun bank anda berada di mana dengan pemilihan jenis telefon bimbit anda?
Benar atau tidak kajian ini?
Sumber: Daily Mail
Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.
Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.