
Pengguna Grab Terpaksa Tunggu Lebih Lama Bermula 12 Julai Ini
Bermula 12 Julai, semua pemandu perkhidmatan syarikat e-panggilan di Malaysia perlu mempunyai lesen PSV untuk beroperasi.
Penggna Grab berkemungkinan besar akan mengalami kenaikan tambang dan masa menanti menjadi lama kerana kekurangan pemandu.

Buat masa ini, terdapat seramai 167,000 pemandu e-panggilan berdaftar tetapi hanya 16,338 orang sahaja memiliki lesen PSV. Manakala untuk syarikat Grab, hanya 10% sahaja pemandu yang berjaya memiliki lesen PSV.
Jika sebelum ini pengguna boleh menanti sekurang-kurangnya 6 minit, mungkin bermula 12 Julai ini masa menanti akan menjadi lebih lama terutama pada waktu puncak.
Susulan itu, bagi mengelakkan pengguna mengalami kelewatan, Grab menyarankan supaya pengguna membuat tempahan lebih awal contohnya ketika anda mahu ke lapangan terbang atau menghadiri mesyuarat penting.
Pengguna juga disarankan untuk menempah perkhidmatan luar waktu puncak iaitu 7-9 pagi dan 5-8 malam untuk ke destinasi yang ingin dituju.
Dengan keadaan sekarang, pihak pengurusan Grab sentiasa mengharapkan agar situasi ini dapat difahami oleh pengguna sementara mereka mencuba untuk mendapatkan pemandu seperti dahulu dengan keselamatan terjamin yang diperintahkan pihak berkuasa.
Sumber: Grab
Trending now



