Penggodam Laman Web UM Dedah Data Pengguna Di Twitter

18 Oktober lalu, pihak pentadbiran Universiti Malaya dikejutkan dengan laman web pembayaran internet mereka, customer.um.edu.my telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, pentadbiran Universiti Malaya turut digemparkan dengan pendedahan data-data peribadi pengguna laman tersebut melalui laman Twitter yang menggunakan ID @MrX65826985Β dalam bentuk pautan fail.

Data Laman Web UM Digodam

Susulan dengan kejadian itu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya telah menasihatkan agar pengguna laman web tersebut lebih berhati-hati dan melakukan aduan terhadap akaun berkenaan.

[KMUM MEMANDANG SERIUS ISU PENCEROBOHAN DATA][KMUM: THE BREACH OF DATA PROTECTION IS A SERIOUS ISSUE] Kesatuan…

Posted by Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 2019 on Friday, October 18, 2019

Malah mereka juga telah membuat laporan polis supaya insiden ini disiasat dengan lebih teliti oleh pihak berkuasa mengikut Seksyen 41 Akta Jenayah Komputer 1997.

[ISU PENCEROBOHAN DATA PERIBADI UM: KMUM BUAT LAPORAN POLIS]Pada jam 3:00AM, 19 Oktober 2019, beberapa wakil pimpinan…

Posted by Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 2019 on Friday, October 18, 2019

Walau bagaimanapun, pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada data dan maklumat yang terlepas kerana sistem telah ditutup sebaik sahaja dikesan laman web tersebut sudah digodam.

Data Laman Web UM Digodam 2

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!