
Pengerusi UDA Positif Covid-19, Pernah Hadir Majlis Bersama Orang Kenamaan
Siapa kata susah untuk dapatkan wang pada zaman sekarang ini? Hanya dengan menggunakan sedikit ayat yang meyakinkan, internet dan kecerdikan, anda tak perlu susah-susah cari modal berniaga.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, impian anda untuk dapatkan wang tanpa perlu bersusah payah bekerja mungkin dapat dicapai seperti mereka. Dengan penemuan makanan yang berbentuk unik, mereka ini mampu menjana lebih USD1,000!
1. Bijirin ET – USD4,000
Seorang lelaki menjana USD1,000 sekelip mata apabila mampu menjual sekeping bijirin berbentuk seperti ET dengan harga USD1,000 di Ebay. Yang paling bijak, cerita penemuan bijirin dan berjaya menjualnya kepada segmen televisyen, A Current Affair dengan harga USD4,000. Bijak ke tidak anda rasa?
2. Bijirin Illinois – USD1,350
Jika anda bayangkan Illinois mempunyai populariti seperti watak adiwira Avengers, tekaan anda adalah salah. Illinois merupakan sebuah kawasan di Amerika Syarikat yang mana merupakan bandar terbesar di Chicago.
Sekeping bijirin yang berbentuk seperti bandar Illinois telah dijual dengan harga USD1,350, ditambah pula dengan kos penghantaran sebanyak 50 sen. Mungkin pembeli tersebut peminat tegar bandar tersebut, kot?
3. Sandwic Keju Bakar + muka The Virgin Mary – USD28,000
Memang menunggang sungguh. Menemukan muka The Virgin Mary di sandwic keju bakarnya, individu ini mampu menjana sehingga USD28,000 dengan mudah! Agak-agaknya siapalah yang membeli makanan tersebut, kan? Betul ke sama?
4. Salad Kentang – USD55,422
Seorang lelaki memulakan kempen di Kickstarter dengan tujuan mahu menghasilkan salad kentang. Daripada hanya meminta USD10, lelaki ini mampu menjana sehingga USD55,422 untuk hasilkan salad kentang pertama beliau!
Lihat kempen beliau di sini.
5. Snek Dorito Berbentuk Topi The Pope – USD1,209
Snek berbentuk topi The Pope ini merupakan makanan paling menggugah penganut taat agama Kristian pada 2005 dan berjaya dijual dengan harga USD1,209 semasa Pope Benedict XVI menjadi Ketua Gereja Katolik ketika itu.
Dalam lima jenis makanan di atas, yang mana paling anda rasa tidak masuk akal untuk dijual dan dibeli dengan harga ribuan dolar?
Terliur pula tengok mereka makan.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Trending now



