
Pengemis Ini Kantoi Pura-Pura OKU, Diketahui Miliki 5 Aset
Pengemis Ini Kantoi Pura-Pura OKU, Diketahui Miliki 5 Aset
Selalunya, kita akan mudah bersimpati dengan golongan gelandangan atau golongan pengemis yang meminta sedikit wang untuk mereka meneruskan kehidupan.
Melihatkan keadaan mereka pasti terbit rasa kasihan sehingga ramai memilih menghulurkan sedikit wang kepada golongan susah seperti mereka bukan?
Bagaimanapun, seorang pengemis di Kaherah, Mesir menggunakan modus operandi berkenaan untuk mengumpul harta. Malah dia yang dikenali dengan nama Nafisa turut berlakon yang dia kehilangan kaki sehingga terpaksa berjalan menggunakan kerusi roda.
Taktik licik wanita berusia 57 tahun yang aktif mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di Kaherah terbongkar selepas beliau ditahan pihak berkuasa.
Siasatan yang dilakukan pihak polis mendapati bahawa dia pernah dilihat mengemis dengan cara berpura-pura lumpuh dan menggunakan kerusi roda untuknya bergerak. Dia kemudiannya dilihat berjalan kaki selepas selesai satu pusingan di kawasan tersebut, menurut saksi.
Mempunyai lima buah rumah kediaman
Namun penemuan mereka lebih mengejutkan, Nafisa bukan hanya menipu yang dia berkerusi roda sebaliknya dia mempunyai lima buah rumah kediaman di berapa buah daerah dan mempunyai wang simpanan hampir 3 juta Egypt Pound iaitu bersamaam kira-kira RM793,700.
Selama ini, wanita itu hanya berpura-pura kudung kaki apabila mengemis dengan menggunakan kerusi roda ketika meminta sedekah.
Ramai juga yang benar-benar menyangkakan wanita itu kurang upaya (OKU), namun taktik liciknya berjaya dibongkar selepas siasatan dilakukan terhadapnya.
Banyak juga kisah mereka yang menjadi pengemis ini mempunyai taktik tersembunyi termasuklah di Malaysia.
BACA: Jadi Mangsa Sindiket Minta Sedekah, Ini Kisah Sebenar Kanak-Kanak ‘Kepala Besar’ Di TBS
BACA: Pernah Tular Terkandas Di Temerloh Sebab PKP, Netizen Dedah Backpacker Rusia Ini Rupanya ‘Scammer’
Sumber: Gulf News
Trending now



