Pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP – Tempoh Bekerja Yang Diperlukan Untuk ‘Bayar Semula’ Jumlah Yang Dikeluarkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Minggu lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai kebenaran pengeluaran khas dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sejak itu, platform media sosial terus dibanjiri dengan pelbagai persoalan dan permasalahan yang disuarakan oleh netizen.

BACA: Pengeluaran Simpanan KWSP – Betul Ke Akan Sebabkan Bank Susah Nak Bagi ‘Loan’ Pada Masa Akan Datang?

Masih ramai yang tidak pasti serta berada dalam dilema sama ada wajar atau tidak untuk membuat lagi pengeluaran KWSP kali ini.

“POKET KAU, KAU DECIDE!” Itulah yang disarankan oleh Ir Abdul Rahman Bahasa dalam satu hantaran yang dibuat di Facebooknya.

Beliau turut berkongsi jadual yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi melihat sendiri anggaran berapa lamakah masa bekerja yang diperlukan untuk mengganti balik keseluruhan amaun yang telah dikeluarkan.

Ini termasuklah pengeluaran yang telah dibuat sebelum ini merangkumi i-Lestari, i-Citra, i-Sinar dan RM10 ribu yang baru diumumkan tersebut.

Semoga hantaran beliau ini bermanfaat buat mereka yang masih dihimpit keraguan.

Pengeluaran KWSP

BERAPA LAMA KORANG KENA KERJA NAK COVER BALIK PENGELUARAN i-Lestari, i-Citra, i-Sinar dan RM10K?

Tadi aku ada terbaca Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia kata yang lebih kurang bunyinya macam ni:

“Sesiapa yang dah keluarkan i-Lestari, i-Citra and i-Sinar hari tu, kena kerja lebih kurang 4 hingga 6 tahun kalau nak cover balik amount yang dah dikeluarkan”

Owh macam tu ke? Aku pun saja-sajalah buat kira-kira. Nak mengisi masa lapang dalam gua ni (yang tau je tau)..hahahaha😂😂

Aku nak tau gaklah…Kalau keluarkan lagi EPF RM10k lepas ni. Berapa lama lak nak kena kerja kalau nak cover total amount yang dah dikeluarkan?

Bila aku nak buat kira-kira. Mesti kena ada basis.

Basis aku….

Total yang dah dikeluarkan:

i-Leastari: RM500 x 12 bulan = RM6k

i-Citra: Max RM5k

i-Sinar: Keluar RM10k je

Khas: Max RM10k

Total: RM31k

Caruman ke EPF:

-13% daripada Majikan (Sebab gaji bawah RM5k)

-11% daripada Pekerja

Dividend rate untuk akaun konvensional: 6.115% setahun (based on average data 10 tahun)

Dividend rate untuk akaun syariah: 5.57% setahun (based on average data 5 tahun)

Kenaikan gaji tahunan? Tak diambil kira dalam pengiraan. Hahaha. Malas nak masukkan..Kang jadi makin complicated pulak😜

So, daripada pengiraan aku

Kalau siapa gaji Basic RM1.2k sekarang. Korang kena kerja 8 Tahun nak cover balik RM31k pengeluaran.

Gaji RM2.2k, 5 tahun

Gaji RM3.2K, 3 tahun

Gaji RM4.2k, 3 tahun jugak..

So, aku boleh simpulkan..Lebih kurang..Setiap kenaikan gaji RM1k, dapat pendekkan 2 tahun nak cover balik RM31k tu.

Contoh, kalau gaji RM5.2k, kena kerja 1 ke 2 tahun lebih kurang..

Mesti ada yang akan tanya “So, nak keluarkan RM10k ke tak?”

Dah banyak yang bagi komen dan pendapat, kan..So, tak perlulah aku nak ulas lagi. Hahaha😆

Cuma satu je aku nak pesan. “POKET KAU, KAU DECIDE!” 😬

Sekian.

#IrARB

Sumber & kredit foto: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa