
Pengecualian Bayar Lesen Untuk Peniaga Di Kelantan Jika Tutup Kedai Awal
Kelantan mengehadkan operasi kesemua kedai makan, warung dan restoran sehingga jam 12 malam bermula tahun ini. Penguatkuasaan itu dilakukan bertujuan mengekang gejala sosial susulan satu kajian mengenal pasti punca golongan belia sering keluar rumah pada waktu malam antaranya kerana operasi restoran melebihi jam 12 malam.
Berlangsungnya peraturan baharu itu, kerajaan Kelantan memberi pengecualian bayaran lesen perniagaan selama setahun kepada pemilik kedai yang mematuhi saranan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, tindakan itu sebagai satu insentif kepada peniaga yang mematuhi saranan dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri.
Bagaimanapun, sekiranya peniaga ingin meneruskan perniagaan melebihi tempoh yang disarankan, mereka perlu memohon lesen kebenaran melalui Yang Dipertua PBT di tempat masing-masing.

Pihak berkuasa turut yakin pelaksanaan waktu operasi itu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan di negeri terbabit.
Terdahulu, peraturan ini turut dibantah orang ramai terutama bagi mereka yang terlibat dalam premis makanan kerana menganggap ia tidak relevan, malah ada faktor yang lebih besar menyumbang gejala sosial di sana.
BACA: Kekang Gejala Sosial, Kelantan Akan Had Operasi Kedai Makan Hingga Jam 12 Malam
Sumber: SelangorKini
Trending now



