
Pengawal Keselamatan Dituduh Ambil Kesempatan Meraba, Kononnya Sedang ‘Mencari Dadah’
Beberapa orang pengawal keselamatan dilaporkan ‘sempat’ mengambil kesempatan melakukan serangan seksual terhadap berpuluh-puluh pengunjung sebuah festival muzik di Bangkok, Thailand pada hujung minggu lalu.
Ketika menyertai Festival 808 yang diadakan di BITEC Bang Na pada 9 hingga 11 Disember yang lalu, sebilangan mangsa mendakwa, bahagian sulit mereka sengaja diraba oleh pengawal keselamatan di situ sebelum dibenarkan masuk.
Salah seorang mangsa, Hitomi Okemoto memberitahu, pengawal-pengawal keselamatan tersebut sengaja menyentuh bahagian kaki, payudara dan kemaluan semua wanita yang menghadiri festival itu.
Dia yang tidak berpuas hati sempat memuat naik foto yang memaparkan wanita lain yang turut menjadi mangsa raba.
“Saya pernah pergi ke festival lain di Thailand dan tiada yang menjalankan pemeriksaan badan seperti ini. Ia keterlaluan, saya rasa wanita lain juga berasa jijik, takut dan sedih,” jelasnya.
Seorang wartawan Thailand dikatakan turut menjadi saksi melihat perbuatan pengawal keselamatan tersebut menyentuh wanita dan lelaki di bahagian bawah seluar mereka.
Walau bagaimanapun, penganjur festival tersebut bertindak mempertahankan pengawal keselamatan mereka dengan berkata, ‘polis sedang mencari dadah’ dan pihaknya tidak mampu mengawalnya.
Menjelang hari ketiga festival tersebut, dilaporkan sekurang-kurangnya lebih 100 orang ditangkap akibat dadah dan bilangan tersebut menjadi semakin ramai.
Pihak penganjur juga mempertahankan tindakan pengawal keselamatan yang menyentuh payudara ramai wanita ketika melakukan pemeriksaan.
Menurut laporan, pengawal keselamatan lelaki telah ditugaskan untuk ‘memeriksa’ pengunjung wanita manakala pengawal keselamatan wanita pula diberi tugas untuk ‘memeriksa’ pengunjung lelaki.
BACA: ‘Harapkan Pagar’, Wanita Ini Hampir Jadi Mangsa Habuan ‘Pak Guard’ Sendiri
Sumber: Kosmo!
Trending now



