Pengasas Zoom Jana USD4 Bilion Dalam Masa Tiga Bulan Susulan Pandemik COVID-19

Sumber: CNBC

Pernah dengar mengenai kisah pengasas Zoom?

Dengan kuat kuasa arahan penjarakkan sosial, perintah kawalan pergerakan dan perintah berkurung, masyarakat dunia memilih aplikasi perhubungan dalam talian bagi berhubung dengan rakan-rakan, ahli keluarga mahu pun soal kerja.

Krisis pandemik COVID-19, telah berjaya membawa nama beliau ke satu tahap yang baharu. Walaupun penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan beribu ahli perniagaan ‘tewas’, namun tidak pada beliau.

Selepas mendengar ucapan Bill Gates mengenai internet 30 tahun lalu, seorang lelaki, Eric Yuan memutuskan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan Silicon Valley dot-com.

Mengasaskan aplikasi persidangan video, harga saham Zoom meningkat dengan mendadak. Hanya selepas setahun penubuhannya, Eric berjaya mengumpul lebih USD7.5 bilion.

Dilahirkan di wilayah Shandong, China, Eric memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik dan Ijazah Sarjana dala bidang Kejuruteraan.

Menghabiskan empat tahun bekerja di Jepun selepas tamat pengajian, beliau kemudiannya berpindah ke Silicon Valley, California selepas daripada lapan kali visanya ditolak oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1997.

Baru berusia 27 tahun ketiga itu, Eric mempunyai krisis dengan pegawai imigresen yang memproses permohonannya.

Sebelum menubuhkan Zoom, Eric merupakan Naib Presiden di sebuah syarikat peralatan telekomunikasi, Cisco Systems dan bekerja untuk sebuah lagi syarikat persidangan video, WebEx yang dimiliki Cisco pada tahun 2007.

Pengasas Zoom Jana Keuntungan USD4 Bilion Dalam Masa Tiga Bulan Susulan Pandemik COVID-19
Sumber: Thrive Global

Mendapat inspirasi untuk menubuhkan Zoom selepas daripada berjauhan dengan teman wanitanya yang mana jarak antara mereka ialah 10 jam perjalanan kereta api, Eric memberitahu mereka hanya berjumpa dua kali setahun.

Ketika berusia 18-19 tahun, beliau merasakan alangkah bagusnya jika ada peranti yang membolehkan beliau melihat dan bercakap dengan teman wanitanya.

Ketika berkhidmat dengan Cisco, beliau ada memberikan idea untuk sistem persidangan video mesra telefon pintar (smartphone-friendly video conferencing) namun ditolak kerana Cisco lebih memfokuskan pada rangkaian sosial.

Selepas daripada itu, beliau meninggalkan Cisco untuk menubuhkan Zoom. Tidak terhenti di situ, Eric berdepan dengan cabaran mendapatkan pelabur sehingga terpaksa meminjam daripada rakan dan ahli keluarganya.

Selepas tiga tahun kemudian, barulah Cisco menyedari apa yang Eric katakan adalah benar. Namun keputusan meninggalkan Cisco yang pada awalnya disoal isterinya tidak pernah dikesalkan.

Dalam awal penubuhan Zoom, Eric sendiri pernah menghubungi sendiri setiap pelanggan yang membatalkan perkhidmatan Zoom mereka.

Bergelar jutawan pada April 2019, Zoom merupakan salah sebuah syarikat yang memiliki IPO (Initial Public Offering) paling berjaya sehingga menjadikan Zoom lebih ‘berharga’ daripada Lyft dan Pinterest dengan nilai lebih USD35 bilion.

Pengasas Zoom Jana Keuntungan USD4 Bilion Dalam Masa Tiga Bulan Susulan Pandemik COVID-19
Sumber: Business Insider

Bekerjasama dengan Samsung, Uber, Walmart dan Capital One, dengan motto ‘bekerja keras dan kekal merendah diri’, Eric disenangi hampir 99% daripada pekerjanya.

Dalam tiga bulan sejak wabak pandemik COVID-19 melanda dunia, penggunaan zoom meningkat berganda-ganda disebabkan penggunaan masyarakat dunia yang semakin tinggi.

Terlampau sibuk dengan kerjaya dan keluarganya, pengasas Zoom ini hanya meluangkan masa untuk melancong sekitar dua kali setahun sahaja serta percaya perjalanan kapal terbang turut menyebabkan perubahan cuaca.

Walaupun memandu Tesla, Eric mengamalkan gaya hidup yang sederhana tidak seperti ahli kelab three-comma yang lain. Tidak begitu teruja dengan peningkatan pendapatan yang dimiliki Zoom, Eric memberitahu beliau lebih teruja mahu melihat bagaimana aplikasi Zoom ciptaannya membawa perubahan dalam cara bekerja masyarakat dunia.

Sumber: Business Insider