Untitled design-2

Pengasas Les’ Copaque Mohon Netizen ‘Move On’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular baru-baru ini apabila Les’ Copaque, syarikat pengeluar kartun animasi Upin dan Ipin, mengeluarkan video podcast terkini di YouTube melalui pelbagai platform.

Artikel Berkaitan:

Mereka menerbitkan video podcast berjudul ‘Drama Di Lokasi Penggambaran‘ yang membincangkan kelebihan dan kekurangan pekerja serta bekas pekerja mereka. Video podcast ini mendapat berbagai reaksi dari netizen.

Majoriti netizen, bagaimanapun, merasa kecewa dengan podcast yang membuka tirai sisi buruk pekerja dalam syarikat mereka sendiri, seolah-olah menunjukkan persekitaran kerja yang kurang elok.

Demi menangani respon negatif ini, Hj Burhan Radzi, pengasas dan penerbit Les’ Copaque, telah memberi respon kepada isu ini melalui hantaran Facebooknya.

Beliau mendapati kebanyakan komen tersebut adalah kritikan negatif terhadap kejayaan syarikatnya. Beliau mengajak masyarakat untuk ‘move on’ dari situasi yang terjadi sebelum ini.

350953122_637536398421333_7260320645921277202_n

Dia juga memberitahu bahawa lebih dari 200 orang pekerjanya sedang sibuk sehingga akhir tahun ini, di mana Les’ Copaque akan mengumumkan beberapa projek baharu mereka dalam waktu terdekat.