
Pengaruh Jijik Dalam Animasi Barat, Ini Apa Yang Ibu Bapa WAJIB Tahu Untuk Awasi Anak-Anak
Berderet-deret rancangan hiburan dan filem yang memaparkan babak jijik hubungan sejenis seolah-olah telah disusun secara rapi oleh pihak tertentu bagi meracuni fikiran generasi muda pada hari ini.
Hinggakan rancangan hiburan kanak-kanak, permainan video, kartun, filem superhero dan animasi kini turut dicemari dengan idealogi songsang yang ingin dinormalisasikan ini.
BACA: AWAS! Unsur ‘Kunyit’ Dalam Filem Dan Rancangan Hiburan Kanak-Kanak Hari Ini
Terbaru, filem animasi Lightyear dari Disney-Pixar turut diselitkan dengan babak pasangan sejenis berciuman yang sudah tentu merisaukan lagi golongan ibu bapa.
Apakah yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa bagi memantau dan mengawasi anak-anak mereka dari perkembangan jelik dan tidak sihat ini?
Ketua Pegawai Eksekutif TheProParenting, Taufiq Razif menerusi laman Facebooknya telah membuat hantaran berikut sebagai panduan yang boleh dikongsikan untuk manfaat bersama golongan ibu bapa.
Serius saya rasa tak selamat dah dengan animasi-animasi Barat pada anak-anak saya sekarang.
Cuma nak elak semua memang tak mampu sebab anak-anak kita ni ada naluri Curiosity.
Kut kut mana pun anak kita akan cuba cari jalan untuk akses kalau kita sekat semata-semata.
Sebab itulah mak ayah semua WAJIB tahu ilmu ini:
- Anak kita ada naluri Curiosity iaitu dia akan ada keinginan untuk cari tahu apa-apa yang kita halang mereka.
Contohnya kita tak bagi mereka makan gula-gula kapas sebab manis. Mungkin sekarang dia takkan makan tapi percayalah dia masuk sekolah asrama atau balik kampung nanti tanpa pengawasan mak ayah, benda pertama dia akan nak try adalah gula-gula kapas tersebut!
- Semakin anak kita remaja, anak-anak kita akan semakin memberontak kalau kita kawal dan sekat kemahuan mereka.
Mereka ada Authority sendiri dan kemahuan mereka yang tersendiri dah pada masa tu. Kita boleh sekat mereka di depan kita, tapi kita takkan mampu sekat mereka di belakang kita.
- Sebab itulah, kita kena banyak educate anak-anak kita banyak buat Deep Conversation dengan anak kita.
– banyak berbual berdua dengan anak
– banyak buat anak kita berfikir
– tak guna banyak sangat arahan
– tak guna banyak sangat bebelan
– kena bercakap dari hati ke hati
– cerita alasan kenapa sesuatu tu merbahaya dan tak elok pada anak kita
- Sekurang-kurangnya bila kita banyak buat benda di atas, anak kita akan berfikir banyak kali sebelum mencuba sesuatu.
- Akhir sekali kut mana pun kena minta Allah lindung anak kita. Zaman ni zaman fitnah. Memang akhir zaman sungguh dah. Tak ada cara lain dan nak elak fitnah akhir zaman ni kecuali Allah tolong kita.
Tolong sangat. Tolong ajarkan ilmu ni pada pasangan kita. Diam-diam pengaruh **Pencinta Sejenis** sedang meresap masuk dalam game dan kartun animasi anak-anak kita.
p/s: Kadang kita sendiri tak sedar benda ni sebab dia masuk melalui sehalus halus cara contohnya melalui skrip, pakaian, percakapan, background cerita dan lain-lain cara sampai kita yang dewasa pun tak perasan mesejnya dah sampai ke minda anak-anak kita 😱
Sumber: Facebook Taufiq Razif