Toys Review

Pengaruh Buruk Konten ‘Toys Review’ Di YouTube Yang Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak dapat dinafikan, melihat kanak-kanak bermain dengan alat permainan baharu mereka memang sangat menghiburkan.

Begitu juga dengan menonton konten di YouTube yang membawa ibu bapa dan anak masing-masing untuk sama-sama merasai pengalaman betapa seronoknya mencuba alat permainan baharu yang kini berada di pasaran.

Walaupun menonton video ulasan alat permainan atau ‘toys review’ sedemikian memang ‘enjoy’, namun dari segi psikologi, ianya agak tidak sihat kerana dikatakan berupaya untuk memberikan pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak.

Berikut merupakan pandangan Wan Nur Syakira yang dikongsikan di Facebooknya mengenai perkara ini:

Toys Review

Video review toys di YouTube, saya tak berapa prefer untuk ditonton anak-anak. Boleh bagi pengaruh tak baik. Anak akan rasa nak beli mainan dalam video tu sebab tertarik.

Akhirnya akan cetuskan tantrum akibat demand dan permintaan yang tak dipenuhi.

Lepas tu, esok tengok lagi video yang sama.

Anak akan rasa nak dan nak lagi mainan itu.

Anak belum ada self control yang baik.

Mereka susah nak timbang logik jimat, tak semua benda kita kena ada dan penting untuk melihat prioriti.

Otak masih muda nak judge dan nilai benda kompleks macam itu.

Pengalaman hidup cetek sangat lagi.

Jadi, jangan biarkan konten review toy jadi apa yang anak lihat hari-hari.

Sekali sekala mungkin dibolehkan.

Tetapi kalau selalu, ia akan bentuk view dan cara fikir anak-anak.

Akan pengaruhi dia untuk minta dan cetuskan tantrum.

Berikan konten yang berkualiti.

Yang bina cara fikir, akhlak dan kelakuan anak.

Screen time boleh jadi waktu emas untuk anak belajar nilai yang baik.

Boleh jadi belajar nilai yang buruk dan tiru.

Wan Nur Syakira.
#catatanparentingsyakira

BACA: Ryan Kaji, Kanak-Kanak 8 Tahun Yang Paling Lumayan Dibayar YouTube Pada 2019

Sumber: Wan Nur Syakira