Filem The Cave Wild Boar

Pengarah ‘The Cave’ Janji Beri Penonton Rasai Debaran Operasi Menyelamat Mangsa Gua Tham Luang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih ingatkah lagi misi mencabar yang dihadapi pasukan keselamatan untuk mengeluarkan 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih yang terperangkap selama lebih dua minggu dalam gelap dari Gua Tham Luang yang dinaiki air?

Ya, misi itu akan diabadikan ke layar perak berjudul ‘The Cave’ dan akan ditayangkan buat julung kalinya di Festival Filem Antarabangsa Busan yang bermula 3 Oktober ini.

Bagi anda yang mengalami masalah klaustrofobia, anda mungkin akan merasa terganggu ketika menonton filem ini nanti. Menurut pengarah filem The Cave, Tom Waller, filem ini akan memaparkan jalan cerita sebenar ketika operasi menyelamat mengeluarkan 12 anggota pasukan bola sepak Wild Boar dan jurulatih mereka dari gua yang terletak di utara Thailand pada 2018.

Dari laluan sempit gelap yang dipenuhi air dan diterangi hanya dengan lampu suluh kepala kepada suara meminta tolong yang bergema di dalam gua, itulah yang dijanjikan pengarah yang berketurunan Thai-Ireland itu.

Filem The Cave Wild Boar
Sumber: Arab News

“Tiada siapa akan berkata, ‘Ia kelihatan seperti set’.

“Sesiapa yang mengalami masalah klaustrofobia, perlu ada amaran, anda mungkin ketakutan,” kata Tom Waller.

Waller berkata, cabaran menghasilkan filem itu adalah dengan mencipta semula tasik, keadaan persekitaran gelap yang menjadikan usaha menyelamatkan Wild Boar amat mengerikan dan tidak pernah dibuat sebelum ini.

Filem The Cave Wild Boar
Sumber: World Times News

Bagi melakukannya, beliau merakamkan gua sama sekitar Thailand dan mengupah empat daripada penyelam yang terbabit dalam operasi membintangi filem berkenaan untuk mendapatkan keadaan yang sama seperti insiden yang berlaku ketika itu.

Filem ini juga turut akan ditayangkan di Thailand pada November ini.

Sumber: CNA

One comment

Comments are closed.