Pengarah Muzik Ternama, Lok U Meninggal Dunia Selepas Pulang Berjoging

Lok U Meninggal Dunia

Pengarah muzik ternama, Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U meninggal dunia selepas pulang dari joging di rumahnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan kira-kira 10 pagi, hari ini.

Difahamkan, Allahyarham mengalami sesak nafas dan rebah selepas pulang daripada melakukan aktiviti joging. Isterinya, Jamariah Yusof kemudian menghubungi ambulans dan Faizal dibawa ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumahnya, hari ini.

Lok-U antara pemuzik disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik dalam pelbagai program realiti di stesen TV.

Lok U Meninggal Dunia
Sumber: Sinar Harian

Pernah menjadi salah seorang juri profesional yang mengadili semi final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung pada November tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan empat anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Sumber: Mstar