Peninsula Lebih Gerun

Pengarah Janjikan ‘Peninsula’, Sekuel ‘Train To Busan’ Akan Lebih Gerun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Train To Busan (2016) mencipta fenomena tersendiri sebagai filem apokalips zombi dari Korea Selatan yang cukup mendebarkan penonton, bakal menayangkan sekuelnya iaitu Peninsula yang lebih gerun tidak lama lagi.

Baru-baru ini, pengarahnya Yeon Sang-Ho telah berkongsi butiran terbaharu sekuel zombi berkenaan yang akan lebih berskala bear dan lebih ganas dari filem pertama, menurut temubual bersama Screen Daily.

Turut didedahkan, gambar terbaharu filem Peninsula yang mana ia memaparkan keadaan Korea Selatan selepas kejadian Train To Busan.

Pengarahnya memberitahu berhasrat untuk menamakan ‘Peninsula’ sebagai nama filem sekuel rasmi itu kerana latar belakang kisahnya hanya mengambil tempat empat tahun selepas kejadian Train To Busan.

Kiranya, masih dalam universe yang sama tetapi tidak meneruskan sambungan cerita dari kisah pertama kerana watak kali ini semuanya berbeza.

Peninsula Lebih Gerun

Kisahnya lebih kepada kerajaan yang tidak lagi berfunsi dan negara sudah hancur selepas jangkitan wabak sudah tersebar di seluruh Semenanjung Korea dan tiada apa yang tinggal kecuali sifat geografi lokasi.

“Itu sebabnya filem ini dinamakan sebagai ‘Peninsula’. Ia satu kenyataan politik,” katanya.

Bezanya Peninsula berbanding dengan Train To Busan, skalanya lebih besar dan ia dianggap filem bebas. Train to Busan adalah filem konsep yang tertumpu dan berlaku dalam ruang yang sempit (hanya di dalam keretapi) manakala Peninsula mempunyai ruang lingkup pergerakan yang lebih luas.

Peninsula membawa watak utama iaitu bekas askar yang berjaya melarikan diri daripada wabak itu tetapi diberi misi untuk kembali ke Korea. Jadi, dia perlu mengharungi segala bencana yang terjadi di sepanjang perjalanan.

Menurut Screen Daily, penggambaran filem kedua ini mengambil masa hanya selama 62 hari dalam tempoh tiga bulan, bermula Jun 2019. Yeon Sang-ho selaku pengarah merujuk kepada filem-filem apokalips terkenal yang lain seperti ‘Mad Max 2’, ‘Mad Max: Fury Road’, ‘The Road’ dan ‘Land of the Dead’, juga komik-komik manga seperti ‘Akira’ dan ‘Dragon Head’.

Peninsula Lebih Gerun

Antara pelakon yang bakal mewarnai filem sekuel tersebut ialah, Lee Jung Hyun, Lee Rae, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan dan pelakon filem Golden Slumber, Kang Dong Won.

Peninsula dijangka menemui penonton pada musim panas 2020.

Sumber: Screen Daily