
Pengambilan Suplemen Kolagen Untuk Putihkan Kulit Boleh Menyebabkan Kanser?
Akhbar Kosmo! melaporkan, pengambilan kolagen sebagai suplemen tambahan untuk memutihkan kulit kini didakwa mampu mengaktifkan sel kanser sedia ada yang terdapat dalam badan seseorang.
Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita pengguna TikTok @adzrinadzhar yang memuat naik video menceritakan tentang dirinya yang didiagnosis dengan penyakit kanser ovari setelah sebulan sakit disebabkan pengambilan suplemen kolagen untuk memutihkan kulit.
Menurut akhbar itu juga, sehingga kini video tersebut telah berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta kali, mendapat 58,400 tanda suka dan dikongsi semula sebanyak 7,967 kali.
“Saya minum kolagen putihkan kulit, tetapi tidak mahu sebut jenama apa. Kolagen itu yang mengaktifkan kanser saya. Badan kita tidak memerlukan kolagen tambahan yang berjuta-juta pun sebenarnya,” jelas wanita tersebut.
Lebih mengejutkan, di ruangan komen didapati ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti wanita tersebut gara-gara pengambilan kolagen.
“Saya pernah ambil kolagen dan setelah dua bulan, fibroid yang ada pada tiroid saya membesar. Lepas saya stop, kembali susut. Masih ada, cuma tak besar,” komen seorang wanita.
“Saya kena ‘ovarian cyst’ dan pecah lepas sebulan lebih minum produk pemutih kulit yang ada kolagen. Nasib baik dapat diselamatkan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga elakkan ambil suplemen yang mengandungi kolagen,” jelas seorang lagi wanita di ruangan komen.
Sumber: Kosmo!
Trending now



