Subsidi Petrol 2020

Penerima BSH Bakal Terima Manfaat Bantuan Subsidi Petrol Bermula Januari Depan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan pada hari ini mengumumkan pelancaran Program Subsidi Petrol membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Melalui program Subsidi Petrol itu, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali bermula 1 Januari 2020, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut sumber, penerima adalah mereka dalam senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan berdaftar dan kira-kira dua juta orang layak menerima subsidi berkenaan.

Ia membabitkan kadar subsidi bagi pemilik kereta 1600cc ke bawah menerima RM30 sebulan dan motosikal 150cc ke bawah menerima sebanyak RM12 sebulan yang berjangka hayat 10 tahun.

Subsidi Petrol 2020
Sumber: Mstar

“Program subsidi petrol bersasar ini akan dilaksanakan pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan dan harga akan diselaraskan secara beransur-ansur,” katanya.

Manakala untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol RON95 kekal RM2.08, sekali gus tidak layak menerima Program Subsidi Petrol. Ini bermakna, hanya penerima BSH yang layak dan beralamat Semenanjung sahaja menerima subsidi berkenaan.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai PSP dan menyemak kelayakan bermula 15 Oktober 2019 di pautan ini.

Sumber: Malaysia Kini