
Penerbit Ip Man Tunai Janji Kembali Ke Malaysia Sebagai Tanda Penghargaan Sokongan Peminat
Penerbit Ip Man menunaikan janjinya untuk kembali ke Malaysia selepas filem terbaharu Ip Man memecahkan rekod kutipan Ip Man 3.
Mencipta rekod sebagai filem Cina paling alris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM37 juta, Ip-Man 4: The Finale merupakan filem terakhir untuk siri Ip Man.
BACA: Donnie Yen Kini Di Malaysia Untuk Promosi Filem Ip Man 4: The Finale
Melakukan promosi di Malaysia Disember lalu, penerbit Raymond Wong pernah berjanji akan kembali ke Malaysia sekiranya rekod Ip Man 3 dapat dipecahkan.
Menunaikan janjinya, 17 Februari lalu, Raymond Wong kembali bersama barisan pelakon filem All’s Well End’s Well 2020 iaitu Dada Chan dan Adam Pak dalam satu majlis meraikan sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan media, pengurusan panggung wayang, rakan kongsi serta tetamu dalam satu majlis makan tengah hari.
Syarikat pengeluar filem terkenal, Mandarin Motion Pictures Ltd, HK telah menghasilkan banyak filem Cina yang sentiasa mendapat penerimaan baik daripada penonton dan ianya termasuklah Ip Man 4: The Finale, All’s Well End’s Well 2020, Master Z: The Ip Man Legacy, P Storm dan Invicible Dragon.
Turut bersama meraikan kejayaan tersebut adalah syarikat Lotus Five Star yang banyak memperkenalkan filem-filem terbaik untuk tontonan rakyat Malaysia.
BAca ulasan filem Ip Man yang juga merupakan siri terakhir siri ini yang dilakonkan oleh Donnie Yen DI SINI.