Penerangan Babak ‘Post Credit’ Hobbs & Shaw

Hobbs & Shaw Babak Post Credit
Sumber: The Indian Express

Babak post-credit seringkali ditunjukkan dalam filem yang memiliki jalan cerita tersendiri dan kebiasaannya babak seperti ini memberi petunjuk untuk filem seterusnya.

Jika anda sudah menonton filem spin off Fast & Furious: Hobbs & Shaw, terdapat 3 babak post credit (jika anda tidak keluar awal) yang memberi gambaran untuk filem francais Fast & Furious akan datang. Mari kita lihat apakah babak-babak tersebut.

Babak 1: Reunion Keluarga Shaw Dalam Penjara

Abang dan adik perempuan datang melawat ibu mereka, Magdalene di penjara dan kelihatan ibu mereka amat gembira sekali. Mereka menghadiahkan kek hari jadi yang mana kita boleh lihat ia bertujuan untuk mengeluarkan ibunya dari penjara.

Salah satu plot dalam filem itu ada menunjukkan babak yang mana keluarga Shaw porak-peranda; Hattie Shaw memutuskan hubungan dengan abangnya selepas terpedaya dengan Brixton Lore tentang abangnya. Pada awal filem, Magdalene meluahkan rasa ingin berjumpa semua ahli keluarganya dengan cadangan bawa sebiji kek jika Shaw berbaik semula dengan adiknya.

Mungkin Magdalene akan ada dalam filem seterusnya.

Hobbs & Shaw Babak Post Credit

Babak 2: Balas Dendam Hobbs

Shaw ketika itu sedang melepak di sebuah pub di London dan mendapat panggilan daripada Hobbs. Hobbs memberitahu Shaw ada polis di luar pub untuk menahannya. Dari situ, Shaw mengetahui bahawa Hobbs membua panggilan palsu untuk menyukarkan keadaannya.

Babak tersebut merupakan babak balas dendam Hobbs kepada Shaw yang mana Shaw sengaja memberi masalah kepadanya ketika di lapangan terbang untuk ke Rusia. Namun, Hobbs berjaya meloloskan diri dan mendapatkan tempat dalam penerbangan dan dia bersumpah untuk membalas dendam.

Ini menunjukkan Hobbs dan Shaw masih mengekalkan cara mereka layan antara satu sama lain.

Babak 3: Virus Baharu

Hobbs mendapat panggilan daripada pengendali CIA, Locke yang ketika itu sedang bertempur dan memberitahunya terdapat satu lagi virus dahsyat di luar sana.

Melalui babak ini, tidak mungkin mereka akan berhadapan dengan virus baharu dalam filem seterusnya kerana plot cerita akan sama seperti filem ini. Mungkin babak ini menunjukkan bahawa Locke bakal ada dalam sekual seterusnya.

Sumber: Cnet