
Penemuan Beg Berisi Mainan Berdekatan Jasad Budak Ketika Misi Mencari Mangsa Banjir Buat Netizen Sebak
Penemuan Beg Berisi Mainan Berdekatan Jasad Budak Ketika Misi Mencari Mangsa Banjir Buat Sebak.
Tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pahang telah menyebabkan sebuah kawasan chalet pusat peranginan di Bentong rosak teruk akibat dibawa arus deras sungai.
Media melaporkan lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dalam kejadian banjir lumpur pada Sabtu lalu.
Ramai berasa sebak dan pilu menonton sebuah laporan video dari Buletin Utama TV3 yang memaparkan misi mencari dan menyelamat apabila anggota penyelamat menemui sebuah beg berisi pelbagai jenis mainan beserta anak patung di kawasan terbabit.

Terdahulu, media melaporkan penemuan dua jasad melibatkan seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Pihak penyelamat masih giat mencari seorang lagi mangsa dipercayai lelaki dewasa yang dikhuatiri dibawa arus kepala air.
Menerusi laporan itu, wartawan TV3 Julian Sharin yang berkesempatan menyertai misi mencari dan menyelamat menunjukkan lokasi dua jasad sebelumnya yang dihanyutkan sejauh 200m dan 800m dari chalet berkenaan.
Lebih memilukan, ketika melakukan proses pembersihan sisa kayu di situ, mereka dikejutkan dengan penemuan beg yang dipercayai milik seorang kanak-kanak.
Dilihat beg terbabit dipenuhi dengan beberapa jenis permainan beserta anak patung. Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan beg tersebut adalah milik mangsa korban kejadian pilu itu.
Bukan sahaja wartawan, mereka yang menonton laporan itu juga turut berduka mengenangkan detik cemas yang dialami kanak-kanak di situ.
“This breaks my heart. My prayers go to all the affected victims. We don’t have anyone but us.”

BACA: Buang Sampah Merata Antara Punca Banjir Teruk Pada Sabtu, Kata JPS Kuala Lumpur