
Penduduk Israel Hina Nabi Muhammad SAW Ketika Perarakan Bendera
Penduduk Israel Hina Nabi Muhammad SAW Ketika Perarakan Bendera.
Baru sahaja kerajaan baharu ditubuhkan, tentera Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.
BACA: Era Netanyahu Tamat, Palestin Masih Anggap Kerajaan Baharu Tetap Sama Atau Lebih Buruk
Serangan udara itu dilancarkan sebagai membalas gelombang serangan belon api ke selatan Israel dari beberapa lokasi di Gaza.
Serangan belon api itu dikatakan mencetuskan sekurang-kurangnya 20 kejadian kebakaran.
Belon api itu dilepaskan semasa kira-kira ribuan penduduk Israel mengadakan Perarakan Bendera di Kota Lama Baitulmuqaddis yang juga mencetuskan provokasi.
Israel hina Nabi Muhammad SAW semasa perarakan
Media melaporkan ketika perarakan berlangsung, mereka bertindak di luar batasan apabila menghina Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab semasa perarakan bendera menuju ke pekarangan Masjid Al-Aqsa.
Mereka juga dilihat menari dan menyanyi selain mengibarkan bendera di Pintu Masuk Damascus dan masyarakat Palestin di situ dikosongkan.
Tindakan mereka secara terang-terangan melakukan penghinaan terhadap rakyat Palestin dan sengaja mencabar sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.
Selain penghinaan terhadap nabi, mereka juga bersorak gembira dengan menyebut ‘mati orang Arab’.
Zionism is the new Nazism. Zionists are the the New Nazis. #IsraeliTerrorism #FreePalestine #IsraelApartheid pic.twitter.com/0FwI6ICy2H
— مريم 𓂆 (@MaryamAlkindi12) June 16, 2021
Dalam masa sama, seorang penduduk diserang tentera Israel ketika mengibarkan bendera Palestin di tengah-tengah himpunan dan perarakan di Pintu Al-Amoud.
Sehingga kini, seramai 17 penduduk Palestin ditahan tentera Israel dan berpuluh-puluh individu lain cedera di Pintu Damsyik.
Perarakan Bendera itu disebut March of the Flags sebagai memperingati ulang tahun rampasan kota itu apabila Isreal merampas Baitulmaqdis dari Jordan pada tahun 1967 dan sehingga kini tindakan itu tidak diakui sebahagian besar masyarakat antarabangsa.
Sumber: Utusan
Trending now



