Air Kelantan

Penduduk Hargai Tindakan Pantas Air Kelantan (AKSB) Dapat ‘Setelkan’ Aduan Dalam Sehari!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang penduduk di sebuah daerah di negeri Kelantan, Azlin Ramli telah membuat satu hantaran di Facebooknya bagi melahirkan rasa jutaan terima kasih kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kerana berjaya menyelesaikan masalah air ‘kotor’ di rumahnya dalam masa yang singkat.

Berikut merupakan hantaran yang dibuatnya tersebut:

Air Kelantan

“Dengan ini sis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan masalah air di rumah sis. Lepas ni sis tak perlu dah angkut bakul kain pegi dobi atau basuh kat rumah parent.

Semua yang tolong viralkan isu, pihak yang menyampaikan aduan, pihak yang memproses aduan sehingga ke pihak yang menjalankan tugas. Semoga pahala mengalir ke dalam akaun amal kalian seperti setiap titis air yang mengalir.

Akhir kata, jaman now lebih baik takdok tok wakil daripada takdok talipon. Masalah berzaman tak penah setel, dengan kuasa netizen masalah setel dalam masa sehari. Rakyat tolong sesama rakyat.”

——

Sebelum ini, hantaran-hantaran viral yang dibuat olehnya penuh dengan rasa kesal dan marah kerana bekalan air di rumahnya terlalu kotor dan berwarna coklat pekat sehingga cadar dan ‘comforter’ yang dicucinya turut rosak. Walau bagaimanapun, tindakan profesional pekerja AKSB berjaya menyelesaikan masalah tersebut dalam masa yang pantas selepas menerima aduan darinya.

Air Kelantan

Air Kelantan

Air Kelantan

Air Kelantan

Air Kelantan

Air Kelantan

Air Kelantan

BACA: Lelaki Ini Belanja RM10,000 ‘Boring’ Air Untuk Kediamannya Di Kelantan

Sumber: Azlin Ramli