
Pendidikan Di Malaysia: Di Sebalik Minda Majoriti Kaum Cina
Tidak kira walau apa agama, bangsa dan keturunan sekalipun, pendidikan amat penting dalam kehidupan pada masa kini.
Namun, setiap bangsa di Malaysia mempunyai persepsi yang berlainan. Cara didikan dan galakan dari ibu bapa masing-masing juga berbeza.
Misalnya, ramai ibu bapa berketurunan Melayu yang berkemampuan pada hari ini sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.
Kebanyakan dari kaum Melayu juga kini dilihat lebih cenderung memilih Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah Berprestasi Tinggi dan Maktab Rendah Sains MARA sebagai pilihan untuk anak mereka.
Bagaimana pula dengan kaum Cina di Malaysia? Zee How Tai atau lebih dikenali dengan gelaran Apek Cina telah membuat perkongsian berikut di laman Facebooknya:
Minda majoriti kaum Cina dalam pendidikan
- Pendidikan adalah isu paling mustahak dalam majoriti keluarga Cina. Lebih daripada agama dan kebudayaan.
- Kualiti pendidikan adalah lebih penting daripada Bahasa.
- Susunan pilihan jenis sekolah di Malaysia mengikut keutamaan buat majoriti ibu bapa Cina:
-Sekolah Antarabangsa (jika berkemampuan)
-Sekolah Swasta O Level (jika berkemampuan)
-Sekolah Kluster seperti SMK SABS Kuantan, TKC N. Sembilan, SMK Kolej SAH Alor Setar, MRSM
-Sekolah persendirian (UEC) untuk kawasan tengah dan selatan semenanjung dan SMJK (SPM) untuk Utara dan Pantai Timur semenanjung
-Sekolah Menengah Kebangsaan
- Majoriti ibu bapa sanggup gadaikan yang boleh digadaikan untuk pendidikan anak, contohnya bapa saya, ambil loan dan jual rumah untuk menampung pendidikan saya di UK.
- Saudara mara akan kumpul duit jikalau seseorang anak saudara masuk universiti.
- Sebelum 90-an, ibubapa akan menampar, memukul, memarah, atau menghukum anak sekadar keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan.
- Jika berkemampuan, setiap anak akan pergi 5-10 tuisyen setelah kelas.
- Kalau ada 10 ringgit, 9 ringgit akan didermakan kepda sekolah dan 1 ringgit kepada tokong.
- Persaingan antara pelajar adalah tinggi di sekolah majoriti Cina dan menyebabkan sifat kiasu dan tekanan, yang bakal mendatangkan kejayaan dalam kerjaya dalam masa hadapan.
- Yang selalu main isu perkauman, adalah mereka yang kurang berpendidikan bahkan berpendidikan Cina. Sebab pendidikan Cina mementingkan peradaban, moral, budi, sopan dan taat kepada Raja dan Negara.
Untuk makluman
Apek Cina
BACA: 11 Perbezaan Amalan Dan Cara Hidup Di Antara Kaum Melayu Dan Cina Di Malaysia
Sumber: Facebook Ulasan Apek Cina
Trending now



