
Pendedahan Rakaman Audio: Perbualan ‘Tegang’ Najib-Rosmah Antara Yang Jadi Tumpuan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melakukan pendedahan rakaman audio tergempar apabila mendedahkan sembilan klip rakaman audio berkenaan dengan dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa serta pemalsuan bahan bukti.
Menurut Latheefa Koya selaku Ketua SPRM, pendedahan ini adalah penting bagi memastikan tahap integriti serta ketelusan badan seperti SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak lagi dipersoalkan pihak tertentu.
Dalam sidang media di Putrajaya itu, kesemua klip audio yang mengandungi perbualan telefon antara individu berprofil tinggi seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri rosmah Mansor serta bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad.
Tidak ketinggalan juga rakaman perbualan dengan Putera Mahkota Emiriyah Arab Bersatu, Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan.
Dalam rakaman tersebut, ada di antaranya mengandungi perbualan pembocoran rahsia yang diklasifikasikan Akta Rahsia Rasmi (OSA), cubaan untuk memalsukan bahan bukti berhubung skandal 1MDB selain arahan menaikkan pangkat individu dalam kerajaan.
Bukti yang baru diterima SPRM pada awal tahun ini akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut namun tidak banyak akan didedahkan mengenai bagaiman rakaman berkenaan diterima atau siapa penghantarnya. Latheefa bagaimanapun menegaskan rakaman berkenaan adalah asli.
Respon kepada pendedahan rakaman audio itu, Najib Razak memberitahu beliau terkejut dan memerlukan masa untuk menyemak kandungan tersebut dengan peguamnya.
Beliau turut menyoal mengapa rakaman audio berkenaan didedahkan semasa kempen pilihan raya kecill Kimanis, Sabah berlangsung.
Antara yang menjadi perhatian adalah perbincangan antara bekas Pengerusi Tabung Haji, Azeez Abdul Rahim dengan Dzulkifli pada Januari 2016.
Kemudian rakaman suara Rosmah Mansor yang kedengaran seakan tidak berpuas hati kepada Najib Razak dalam satu perbualan telefon.
Sumber: Astro Awani
Trending now



