Pendaftaran Ke Universiti Ditangguhkan, Ini Senarai Bantuan #SiswaJagaSiswa Yang Ada Buat Mahasiswa

Sumber: Johor Press, Youth Nation Club

Bantuan SiswaJagaSiswa

Mengambil langkah berjaga-jaga, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam telah memberi saranan supaya semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari zon merah secara bersemuka yang dijadualkan bermula Oktober ini.

[KENYATAAN MEDIA]Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal/Bersemuka Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020#MalaysiaPrihatin#KPTPrihatin#KitaPrihatin#KitaJagaKita#KitaMestiMenang

Posted by Kementerian Pengajian Tinggi on Thursday, October 1, 2020

Biarpun begitu, dengan keputusan secara mengejut tersebut, ianya telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan para pelajar.

Pendaftaran Ke Universiti Ditangguhkan, Ini Senarai Bantuan Yang Ada Buat Mahasiswa
Sumber: Johor Press

Untuk mereka yang terjejas, beberapa pihak telah tampil memberikan bantuan, malah #SiswaJagaSiswa telah dicipta sebagai tanda solidariti buat para mahasiswa.

1. Penjadualan semula penerbangan

Hasil rundingan antara pihak KPT dengan syarikat penerbangan, persetujuan untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar IPT sehingga 31 Disember 2020. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing.

2. Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan

Atas dasar prihatin dengan nasib mahasiswa yang terjejas dengan keputusan saat akhir KPT, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah melancarkan tabung khas pembiayaan untuk kelompok ini.  Bagi yang mahu memohon bantuan, anda (mahasiswa) bolehlah mengisi borang di bawah pihak Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan secara ASAP.

Setakat ini jumlah yang terkumpul mencecah RM110,998,89. Untuk mereka yang berkemampuan dan ingin membantu para mahasiswa, bolehlah menyalurkan dana ke akaun Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan MAYBANK: 564717527213 (Ref: SiswaJagaSiswa).

3. Bantuan kepada mahasiswa Palimen Muar – Syed Saddiq

Mana-mana mahasiswa dari Parlimen Muar yang terkandas di luar negeri dan tiada tempat berteduh, Syed Saddiq telah mengumumkan bantuan daripada pihak Parlimen Muar. Bantuan boleh diminta menerusi talian WhatsApp 01112218300 dan 0178911185.

Untuk yang mahu menyalurkan bantuan SiswaJagaSiswa, boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar.

Bagi yang ingin membantu para pelajar & keluarga yang terkandas di kampus & kerugian, anda boleh menyalurkan sumbangan…

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Friday, October 2, 2020

4. Angkatan Muda Keadilan #BantuMahasiswa

TABUNG BANTUAN BUAT MAHASISWA YANG TERJEJASBagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang apa-apa keperluan asas, sama…

Posted by Mahasiswa Keadilan Malaysia on Friday, October 2, 2020

5. #TolongBantuMahasiswa – MUDAMalaysia

Okeylah. Kali ini serius.#TolongBantuMahasiswa

Posted by Mutalib Uthman on Friday, October 2, 2020

6. #BantuMahasiswa Setiawangsa

#bantumahasiswa Mahasiswa berdekatan Setiawangsa & sekitarnya yang terkandas dan memerlukan bantuan boleh hubungi kami.

Posted by AMK Setiawangsa on Friday, October 2, 2020