‘Pencuri 1 Sen’ Mahu Tulis Buku Jelas Kekeliruan Mengenai Kes Jenayahnya

‘Pencuri 1 Sen’ Mahu Tulis Buku Jelas Kekeliruan Mengenai Kes Jenayahnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih ingat lagi mengenai kes kecurian 1 sen oleh seorang eksekutif bank pada tahun 1990 sehingga menyebabkan beliau digelar ‘pencuri 1 sen’?

BACA: Didenda Penjara 12 Tahun Dan RM210 Juta, Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Depan Hakim

Pelaku, Aman Shah, 24 tahun yang merupakan seorang eksekutif di Hock Hua Bank cawangan Raja Laut tertangkap kerana mampu membeli enam kereta sport mewah berjumlah RM3.05 juta secara tunai biarpun gaji beliau pada ketika itu cuma RM1,800.

Dua buah daripadanya didaftarkan atas namanya, tiga daripadanya tidak didaftarkan dan tidak dibayar cukai import dan sebuah lagi didaftarkan di atas nama kekasihnya, Raha V V Aboo.

‘Pencuri 1 Sen’ Mahu Tulis Buku Jelas Kekeliruan Mengenai Kes Jenayahnya
Sumber: Olympus

Menjalani kehidupan mewah lagak seorang jutawan, jenayah Aman Shah dikatakan dilakukan dengan perancangan teliti tanpa disedari sesiapa.

‘Pencuri 1 Sen’ Mahu Tulis Buku Jelas Kekeliruan Mengenai Kes Jenayahnya 4
Sumber: Illuminasi

Namun Mei lalu, seorang pengguna Twitter, @aidi_ezzhar telah membuka cerita bahawa kisah yang dipaparkan media selama ini tidaklah 100% benar. Menurut beliau, kisah ‘pembetulan’ ini beliau dapatkan sendiri daripada empunya badan, Aman Shah.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=645730476024810&id=100017635899588

Antara isi yang diceritakan adalah, Aman Shah sebenarnya memegang jawatan Pegawai Bank Trainee dan mendapat surat kenaikan pangkat kepada jawatan Internal Officers Class 2, namun tidak menerimanya.

Malah beliau pernah membuat beberapa proposal yang menyatakan mengenai kelemahan sistem yang digunakan bank, namun ditertawakan kerana ‘orang bank’ menganggap adalah mustahil sistem bank tersebut mempunyai kelemahan dan cadangan itu tidak logik.

Wang yang dikatakan dicuri daripada orang ramai berjumlah RM41 juta sebenarnya bukanlah wang orang ramai, tetapi wang keuntungan bank yang dipindahkan kepada akaunnya sendiri dan lain-lain. Malah jumlah sebenarnya bukanlah RM41 juta.

Meninjau sendiri Facebook Aman Shah, beliau pada Jun lalu sedang bergiat aktif menghasilkan projek bukunya bagi menjelaskan kekeliruan orang awam mengenai kesalahan jenayahnya. Masih lagi tiada tajuk, beliau hanya menulis ‘Aman 1 Sen’ sebagai header kepada coretan kisahnya.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=642189556378902&id=100017635899588

Hukuman penjara yang dikenakan selama lima tahun hanya dijalani selama tiga tahun tiga bulan dan daripada 213 pertuduhan kepadanya, kes berjaya dikurangkan kepada tujuh sahaja.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=643722419558949&id=100017635899588