
Pencipta Pemacu USB Pertama Di Dunia Adalah Rakyat Malaysia
Pencipta Pemacu USB Pertama Di Dunia Adalah Rakyat Malaysia
Kemajuan teknologi merupakan sesuatu yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan kita.
Teknologi yang diperkenalkan akan melalui perubahan demi perubahan dalam menghalusi kegunaan atau kebolehan teknologi tersebut dalam memudahkan fungsinya.
Sebelum adanya teknologi pemacu pena atau lebih dikenali pendrive USB, mereka yang menyimpan sesuatu dokumen perlu menggunakan disket atau CD-Burner.
Namun menyimpan di situ kadang kala tidak cukup ruang apabila fail yang mahu disimpan melebihi 1.4mb (megabyte).
Kemudian, penggunaan CD-Burner makin meluas pada awal era-2000, lebih-lebih lagi bagi pelajar IPT untuk menghantar tugasan mereka kepada pensyarah.
Bagaimanapun, teknologi mula berubah apabila pendrive USB mula diperkenalkan yang mana ia memuatkan memori penyimpanan bermula 4GB kepada 200GB.
Pemacu USB merupakan satu peranti memori penyimpanan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.
Mempunyai saiz yang kecil dan ringan, ia membolehkan pengguna membawa data storan ke mana sahaja.
Pencipta pemacu USB pertama di dunia adalah rakyat Malaysia
Tahukah anda, di sebalik teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB yang kita guna pada waktu ini adalah seorang rakyat Malaysia?
Pemacu USB dipercayai mula dicipta sekitar tahun 1998 hingga tahun 2000, diilhamkan oleh seorang warganegara Malaysia iaitu Pua Khein-Seng yang berasal dari Sekinchan, Selangor.
Selepas tamat persekolahan, Pua Khein-Seng melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kawalan di Chiao Tung University, Taiwan.
Ketika tahun ketiga menuntut di sana, Pua Khein-Seng mula menjalankan kajian teknologi memori flash.
Beliau bersama seorang rakan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp yang bertempat di Hsinchu, Taiwan pada tahun 2000.
Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller.
Mula melancarkan pemacu USB pada Jun 2001, dan telah berjaya mendapatkan kembali kesemua modal perniagaan mereka pada Ogos 2001.
BACA: Microsoft Sahkan Tidak Perlu ‘Safely Remove’ Pemacu Kilat USB Lagi
Dapat dilihat bahawa syarikat Phison meningkat naik dengan begitu pantas. Mereka mula mendapatkan pendapatan bersih pada September 2001 yang mana usia Pua Khein Seng pada waktu itu 27 tahun.

Kemudian, mereka mula memasuki pasaran Eropah dan Amerika dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga. Di samping itu, mereka juga berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.
Kenapa Pua Khein-Seng tidak melancarkan pemacu USB pertama di Malaysia?
Menurut sumber, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan selepas tamat persekolahan.
Ada cadangan untuk membangunkan pendrive di Malaysia namun tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana.
Hal itu dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau terus menetap di Taiwan dan menubuhkan syarikat disana.
Walaupun pemacu USB pertama diciptakan oleh rakyat tempatan, banyak syarikat mendakwa mereka yang menciptanya sehingga membawa kepada kes mahkamah.
Trending now



