
Pencipta Kartun Legenda ‘Keluang Man’ Dan ‘Usop Sontorian’ Meninggal Dunia
Masih ingatkah lagi dengan watak Usop Sontorian dan Keluang Man, siri kartun popular pada era 90-an?
Bagaimanapun, dimaklumkan bahawa orang kuat disebalik kartun animasi ini iaitu mantan Presiden Persatuan Animasi Malaysia, Kamarudin Ismail telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 4.15 petang semalam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Sebagai rekod, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Kamn Ismail, berusia 63 tahun merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.
Malah, pada 1 April 2018 arwah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.
Pemergian beliau begitu terkesan terutama bagi mereka yang membesar dengan animasi tersebut. Ramai yang mencadangkan bahawa kartun animasi ini dihasilkan semula atau dijadikan tribute sebagai pelopor siri animasi Malaysia yang dilihat semakin berkembang maju.
Harap @ejen_ali, @BoBoiBoy dan @upinipinofcl dapat tribute buat insan yang pernah mempelopori siri animasi Malaysia… Tahun ini tahun animasi Malaysia… pic.twitter.com/0Om61Ejgin
— lost (@Mr_R_yan) December 8, 2019
I hope someone from Monsta or Les Copaque or Wau
Can reboot this kluang man into 3d versionI am sure it will become a,phenomenon…
Mana ada org gile jd hero
Btw Al fatihah
— Kim_Park (@PQThicha) December 8, 2019
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman, terima kasih kerana telah mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan karya-karya yang cukup menggamit memori.
Sumber: Kinana Media