
‘Penceraian Korona’ Trending Di Jepun, Luah Jemu Hadap Perangai Pasangan Sejak Kuarantin
Kehidupan rakyat Jepun bukahan sahaja berubah disebabkan COVID-19, malah wabak itu juga dikesan menjadi punca penceraian di negara itu.
Kadar perceraian di Jepun meningkat apabila pasangan suami isteri terpaksa tinggal di rumah di tengah wabak COVID-19 dengan sekitar 35 peratus perkahwinan berakhir dengan tuntutan perceraian.
Sejak Jepun mengenakan arahan tinggal di rumah pada 16 April lalu bagi mengelak penularan pandemik maut itu, istilah ‘perceraian korona’ menjadi trending di Jepun.
Menerusi tanda pagar #coronarikon yang membawa maksud perceraian korona, ramai pengguna Twitter dalam kalangan isteri memberi respon berhubung keadaan perkahwinan mereka.
“Suami saya sentiasa melengahkan sesuatu perkara. Saya kecewa dan tidak dapat bersama seseorang yang bersikap sedemikian. Ini perceraian korona,” luah seorang wanita.
“Suara suami saya kuat. Bunyi dia batuk dan makan. Bunyi televisyen dihidupkan dengan kuat sepanjang hari. Dia berdengkur ketika berbaring di tengah ruang tamu”
“Saya sudah bertahan selama 10 hari. Berapa hari lagi? Adakah semangat saya mampu bertahan?”
Menurut Chie Goto, seorang peguam pakar dalam kes perceraian di Pejabat Undang-Undang Felice di Nishinomiya, punca pasangan menghadapi situasi konflik rumah tangga ini disebabkan para suami perlu bekerja dari rumah atau ada yang kehilangan pekerjaan dan anak-anak pula perlu menghadiri kelas dari rumah.
“Rumah kini telah menjadi tempat bekerja dan itulah penyebab utama masalah penceraian di sini.
“Ia berikutan pasangan berasa tertekan dengan perubahan mendadak disekeliling dan menjadi penyebab keretakan rumah tangga,” ujarnya.
Bagi menghalang penceraian korona terus berlaku, sebuah firma di Jepun menawarkan khidmat sewaan pangsapuri sepanjang tempoh perintah berkurung disasarkan kepada pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga.
Syarikat Kasuko yang beroperasi di Tokyo itu menyediakan pangsapuri lengkap dengan perabot sebagai ‘tempat sementara’ untuk mendapatkan ketenangan.
Jurucakap Kasoku, Amano memberitahu AFP, syarikat itu menawarkan sewaan pangsapuri dengan harga 4,400 yen (RM177) sehari.
Setakat ini lebih 20 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka selepas kempen pemasaran giat digerakkan mulai 3 April lalu.
Katanya, mereka turut menawarkan khidmat konsultasi perceraian oleh pegawai undang-undang selama 30 minit. Kebanyakan pengguna perkhidmatan tersebut adalah golongan isteri yang berdepan pergaduhan besar dengan suami.
Sumber: The Online Citizen