Penat Tolong Dodoi ‘Adik’ Dalam Buaian, Tonton Gelagat Lucu Kucing Ini 2

Penat Tolong Dodoi ‘Adik’ Dalam Buaian, Tonton Gelagat Lucu Kucing Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penat tolong dodoi ‘adik’ dalam buaian, tonton gelagat lucu kucing ini.

Kucing adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan orang ramai. Ramai yang percaya dengan adanya si bulus ini sebagai haiwan peliharaan mampu memberikan manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental.

Gelagat haiwan yang pelbagai sering mencuit hati penjaganya. Kadang-kadang tu terlebih bijak!

Satu video yang dikongsikan di Facebook Page Kucing Persian Comey Comey mendapat perhatian pengguna media sosial kerana bijak menjaga anak tuannya.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=934473123697933&id=100014057612459

Yang lucunya, bijak pula tu tolong buaikan bayi. Nasib baik lah tak mengiau bagi menggantikan alunan zikir.

Penat mengasuh sampai tertidur, tapi tetap tak lari dari sisi adik manusia.

Penat Tolong Dodoi ‘Adik’ Dalam Buaian, Tonton Gelagat Lucu Kucing Ini 1
Sumber: Kucing Persian Comey Comey

Nanti kena upah whiskas sedap ni.

Tahukah anda, mereka yang membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika tertangkap, hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.

BACA: Tular Buang Kucing Peliharaan Atas Alasan Anak Semput, Rupanya Boleh Dikompaun RM100 Ribu

Ini membuktikan  tindakan segelintir individu yang membuang atau meninggalkan kucing dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka atau tidak mahu bertanggungjawab atas kelahiran anak haiwan terbabit adalah satu kesalahan.

Bukan itu sahaja, jika mengabaikan haiwan berkenaan dari segi keselamatan, makanan dan sebagainya, boleh didakwa.

Oh, tahukah anda juga mengenai satu-satunya kucing yang bijak menulis kertas kajian?

Chester merupakan baka kucing jenis siam yang diberikan pengiktirafan dalam menulis kertas kajian saintifik bersama pemiliknya, Profesor Michigan Jack Hetherington.