
Penat ‘Shooting’ Punca Model Kanak-Kanak 3 Tahun Ditendang Ibunya
Model kanak-kanak perempuan, Niu Niu yang berusia 3 tahun terkenal dalam perniagaan pakaian atas talian di China.
Baru-baru ini, ada dakwaan mengatakan bahwa Niu Niu telah didera oleh ibunya sendiri selepas dilihat menendangnya di tempat awam di Hangzhou.
Dalam klip video yang pertama, jelas dapat didengar suara ibunya mengugut,
“Percaya tak saya akan tendang awak sampai mati? Kutip bunga itu sekarang dan jangan menaikkan kemarahan saya.”
Difahamkan Niu Niu telah dipaksa ibunya untuk bekerja sebagai model seharian tanpa henti pada 6 April 2019, dan perkara ini sudah berlanjutan selama enam bulan.
Dengan tersebarnya video tersebut, semua syarikat pakaian atas talian yang menggunakan khidmat Niu Niu menarik semua gambar dan video Niu Niu di platform mereka.
Walaupun sudah 110 buah perniagaan atas talian telah menandatangani petisyen untuk menyokong kebajikan model kanak-kanak, orang ramai memanggilnya sebagai kepuraan dan tidak berguna kerana tiada regulasi dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Sebagai respon tersebarnya video tersebut, ibu Niu Niu memberitahu bahawa dia tidak mempunyai niat utuk menyakiti Niu Niu tetepi menendangnya kerana kedudukan Niu Niu hampir dengan jalan raya (sedangkan kawasan tersebut merupakan studio luar).
Ibu Niu Niu percaya bahawa perakam video tersebut merupakan ibu bapa model lain yang cemburu dengan kejayaan anaknya selain daripada turut merasakan tindakan syarikat perniagaan atas talian (yang tidak mahu bekerja dengannya) adalah pembulian.
“Tiada ibu bapa yang mampu mengatakan mereka tidak pernah memukul anak. Kebiasaannya, saya memang jarang-jarang memukul anak saya.”
Ada juga video yang tersebar memaparkan Niu Niu diugut dengan menggunakan penyangkut baju.
Pendedahan daripada seorang pemilik kedai turut membongkar cerita bahawa dalam masa satu jam, Niu Niu akan melalui sesi penggambaran sebanyak 15 kali, yang mana setiap sesi mengambil masa selama 4 minit.
Berdasarkan rekod, Niu Niu pernah menjadi model 400 jenis pakaian dalam masa 4 hari sahaja!
Isu ini bukan sesuatu yang baru dalam kalangan model kanak-kanak. Ramai golongan ibu bapa model kanak-kanak memaksa mereka bekerja lebih masa. Ada juga yang menghalang anak mereka daripada mendapatkan tidur yang cukup kerana mahu membantutkan tumbesaran mereka.
“Model kanak-kanak tidak diterima menjadi model apabila mereka berketinggian lebih daripada 160cm.” – Jurugambar
Pendapatan model kanak-kanak untuk sehari ialah sekitar USD744 (RM3,061.39) dan boleh mencecah sehingga USD1,400 (RM5760.68). Jika mereka popular, pendapatan setahun mereka cukup untuk membeli sebuah rumah.
Sumber: 9GAG