MH17 terjawab

Penantian Lima Tahun MH17 Akhirnya Terjawab

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Usaha Malaysia dan beberapa negara lain yang terlibat untuk menuntut keadilan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 membuahkan hasil apabila laporan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) telah mendedahkan empat suspek yang didakwa perancang utama insiden itu.

Penyiasat antarabangsa dijangka mengumumkan dakwaan terhadap beberapa suspek yang menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine lima tahun lalu yang meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal.

Kejayaan itu dicapai hampir setahun selepas penyiasat terbabit mengatakan bahawa peluru berpandu BUK itu dibedil dari briged tentera Rusia yang berpangkalan di barat daya bandar Kursk.

Pesawat yang melakukan penerbangan antara Amsterdam dan Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di udara pada 17 Julai 2014 di timur Ukraine yang dikuasai oleh puak pemisah pro-Rusia.

MH17 terjawab

Timbalan Menteri Luar Ukraine berkata, pemindahan senjata seperti sistem peluru berpandu anti-pesawat BUK mustahil untuk dilakukan tanpa kebenaran pegawai tertinggi dan dia menjelaskan beberapa orang lagi mungkin terbabit selain mereka yang didakwa.

Laporan JIT turut mendedahkan empat suspek yang dikenal pasti merupakan tiga warganegara Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov serta Leonid Kharchenko, seorang warganegara Ukraine akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh pada 9 Mac tahun hadapan.

Kesemua ahli keluarga mangsa bersyukur selepas mendengar perkhabaran ini dan meminta agar diadili seawajarnya terhadap mereka yang terkorban.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro