Syarat KWSP i-Citra

Pemulih: Ini Syarat Dan Kelayakan Untuk Pengeluaran i-Citra

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemulih: Ini Syarat Dan Kelayakan Untuk Pengeluaran i-Citra

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat dan ekonomi yang terjejas ketika ini.

Selain pemberian tunai Bantuan Khas COVID-19 kepada isi rumah dan bujang miskin tegar, B40 dan M40, turut diumumkan kemudahana pengeluaran KWSP dibawah nama baharu iaitu i-Citra.

“Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini, Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini.

“Maka dengan itu, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra,” katanya.

Syarat KWSP i-Citra
Sumber: RTM

Syarat dan kelayakan i-Citra

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

  • Semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun layan untuk memohon i-Citra.
  • Pengeluaran sehingga RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di Akaun 1 dan 2.
  • Tempoh kemasukan sehingga 5 bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Sebelum memohon i-Citra

1. Pastikan nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC).
2. Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran masih aktif, milik sendiri dan bukan akaun bersama.

Sumber:KWSP