Foto Editor Odisi

Pemuda Vietnam Bina Sendiri Kereta Bugatti Chiron Bernilai RM14 Juta Dengan Tanah Liat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Peminat dunia permotoran dan ‘kaki kereta’ pasti mengenali saluran YouTube yang dihasilkan oleh sekumpulan pemuda dari Vietnam iaitu NHET TV.

Saluran yang mempunyai lebih 1 juta subscribers tersebut sebelum ini pernah menghasilkan video pembinaan replika pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal berkuasa tinggi, kereta mewah seperti Ferrari dan Lamborghini mahupun kereta kebal.

BACA: Kreatif! Lihat Remaja Vietnam Bina Replika Ducati, Ferrari Daripada Kotak

Tangkap layar dari YouTube NHET TV
– Tangkap layar dari YouTube NHET TV

Kenderaan yang dihasilkan oleh anak-anak muda Vietnam ini juga mampu bergerak serta dapat berfungsi dengan baik.

Kreativiti mereka juga amat dikagumi kerana mereka tidak menggunakan kos yang tinggi dan hanya melibatkan penggunaan bahan-bahan seperti besi dan logam terpakai, plastik serta kotak.

Baru-baru ini mereka melakukan satu lagi kejutan dengan membina sebuah kereta Bugatti Chiron yang boleh dipandu dan berfungsi sepenuhnya.

Walaupun telah siap, kereta yang dibina hanya dengan menggunakan bahan asas tanah liat dan dihasilkan dalam masa 365 hari tersebut masih menjalani beberapa siri ujian dan naik taraf.

Penerangan mengenai video tersebut menceritakan tentang usaha mereka selama setahun untuk merealisasikan impian untuk memiliki sebuah Bugatti Chiron dengan cara mereka sendiri yang tidak berkemampuan.

Dengan rendah diri, mereka juga mengaku mereka hanyalah budak kampung yang miskin dari Vietnam dan hanya mempunyai impian yang besar.

Mereka amat berharap mendapat sokongan daripada penonton dan berjanji akan membawakan lebih banyak projek-projek yang menarik pada masa akan datang.

Lihat hasil kerja mereka yang sangat menakjubkan!

Sumber: YouTube NHET TV