Pemuda Raih RM40,000 Dalam Masa Dua Hari Dengan Jual Sanitizer ‘Online’

Raih Pendapatan Jual Hand Sanitizer Dalam Talian

Sejak berlakunya wabak koronavirus terbaharu (2019-nCoV) yang semakin ‘ganas’ tersebar di beberapa negara seluruh dunia, penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan (hand sanitizer) menjadi keperluan orang ramai demi mengelak jangkitan.

Disebabkan itu, banyak premis yang menjual penutup mulut dan hidung serta hand sanitizer seperti di farmasi sering kehabisan stok.

Bagaikan durian runtuh, seorang peniaga dalam talian ini mampu meraih pendapatan RM40,000 dalam masa dua hari dengan menjual hand sanitizer. Ia berikutan permintaan tinggi orang ramai yang mencari alternatif lain untuk mendapatkan bekalan produk itu.

Raih Pendapatan Jual Hand Sanitizer Dalam Talian
Sumber: FMT

Memetik laporan FMT, Mohd Shahrir Sharudin tidak menyangka mampu memperoleh pendapatan sebanyak itu dan produk jualannya menjadi pilihan orang ramai.

Pada awalnya, Shahrir hanya mencuba ditambah pula tidak pernah berniaga apa-apa produk pun sebelum ini.

“Saya sampai terkejut dan takut apabila melihat jumlah yang banyak dalam akaun saya,” katanya.

Shahrir sebelum ini merupakan kakitangan di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur, namun ditamatkan perkhidmatan dan menerima pampasan beberapa bulan lalu. Akur dengan nasib yang menimpanya, Shahrir mencari jalan untuk meneruskan hidup dengan membuka gerai menjual cakoi goreng di hadapan masjid Pandan Indah.

Raih Pendapatan Jual Hand Sanitizer Dalam Talian
Sumber: FMT

Buat masa ini, Shahrir memberitahu bahawa perlu selesaikan semua urusan mengepos sanitizer yang telah dipesan.

“Saya baru tahu kuasa hebat membeli belah dalam talian sekarang, saya kagum dan ia menakutkan,” katanya sambil ketawa.

Sumber: FMT