Gadai Motosikal Kawan Dating

Pemuda Gadai Motosikal Kawan Untuk ‘Dating’ Dengan Teman Wanita

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemuda Gadai Motosikal Kawan Untuk ‘Dating’ Dengan Teman Wanita.

Setiap lelaki pastinya mahu temu janji atau dating bersama pasangan agar kelihatan sempurna. Jadi, pelbagai cara dan usaha lelaki untuk memuaskan hati pujaan hati mereka agar tidak kecewa.

Namun, usaha lelaki ini boleh dikatakan luar dari kebiasaan kerana sanggup melarikan harta peribadi rakannya sebelum digadaikan demi membawa teman wanita bersiar-siar.

Pemuda yang dikenali Erik telah melarikan sebuah motosikal milik rakannya, Giri Sudrajat – yang mana kejadian ini berlaku di Palembang.

Menurut Tribun News, Erik memberi alasan mahu meminjam motosikal kawannya ketika dalam perjalanan pulang, namun dia kemudiannya membawa lari motosikal berkenaan.

Giri berasa curiga apabila motosikalnya tidak dipulangkan dan apabila ingin bertemu Erik, dia sering menghindarinya. Lalu, Giri membuat laporan polis sebelum kawannta itu ditahan polis.

Selepas disoal siasat, Erik kemudian mengaku bahawa dia melarikan motosikal rakannya dan mengambil peluang menggadainya.

“Saya pinjam motosikal itu dengan memberi alasan untuk membawa berjalan-jalan sebentar, tapi selepas diberi pinjam saya bawa lari,” kata Erik.

Dia melakukan sebegitu kerana tidak mempunyai wang untuk pergi berjalan bersama teman wanitanya. Wang hasil gadai motosikal itu pun sudah habis digunakan dengan membawa teman wanitanya bersiar-siar dan belanja makan.

“Duit habis dibelanjakan. Saya tahu dia mencari saya, jadi saya cuba menghindarinya.

“Saya mahu berjalan-jalan dengan teman wanita saya, tapi tiada wang jadi saya pinjam motor kawan untuk dijual,” katanya.

Gadai Motosikal Kawan Dating


Erik kini sedang berada dalam tahanan di balai polis Palembang atas perlakuannya.

Sumber: Tribun News