Pempengaruh Makan

Pempengaruh Tak Semestinya Betul, Bacalah ‘Review’ Dulu Sebelum Pilih Kedai Makan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam mencari-cari tempat makan yang ‘best’, didapati masih ramai lagi sebenarnya yang sering terpengaruh dengan pempengaruh atau ‘influencer’.

Tidak dinafikan, peranan pempengaruh dalam mempengaruhi orang lain ada kalanya memang ‘cukup cemerlang’ walaupun tidak semua yang diperkatakan oleh mereka tentang kedai makan itu benar-benar ‘indah’ bagai apa yang dikatakan.

Seorang lelaki, Amir Syukri yang juga merupakan seorang pengasas kedai makan, Haza Cafe, telah berkongsi pengalamannya bersama keluarga yang turut pernah menjadi ‘mangsa’ pempengaruh melalui hantaran di Facebooknya berikut.

Satu pengajaran yang sangat penting buat para ‘nurtizen’ di sini ialah jika hendak memilih kedai makan, rajin-rajinlah membaca ‘review’ terlebih dahulu dan janganlah terlalu mudah sangat terpengaruh dengan pempengaruh.

Pempengaruh Makan

Dania dah lama minta nak makan ala shell out. Kebetulan aku tertonton satu video pempengaruh, maka semalam sampailah kami ke satu kedai makan di ibukota.

Sebelum buat pesanan, aku cuba baca review di internet. Nak tahu juga apa yang menarik untuk diorder.

Ya Allah ya Rabbi, punyalah teruk review. Dari komen 4 tahun lepas hinggalah ke 2 hari lepas, tiada yang baik, buruk-buruk belaka.

Ah sudah, brother tukang ambik order sudah sampai ke meja. Cuba tidak dipengaruhi oleh komen-komen negatif pelanggan terdahulu, kami order mengikut nafsu naluri semulajadi.

Ikutkan harga dalam buku menu, pada aku betul harganya ‘above average’ tetapi mengambil faktor kenaikan harga dari setiap sudut sekarang ini, aku bolehlah terima.

Tapi dua perkara utama yang aku ralat tentang kedai ini;

  1. Rasanya agak tasteless dan seafoodnya seperti stok lama, selari dengan komen nurtizen yang mulia.
  2. Pengambil order membuat andaian sendiri. Kami order set shell out untuk 2 orang yang sepatutnya datang dengan 2 nasi. Tetapi datang 5 nasi kerana katanya kami berlima. Ini boleh dikembalikan, tiada masalah. Kami order siakap sweet sour, ikan yang paling kecil, tetapi datang saiz yang agak besar kerana katanya sesuai untuk kami berlima. Begitu juga sotong goreng butter datang dengan portion besar dengan alasan yang sama. Maka, berlakulah sesi surprise di kaunter bila jumlah harganya tersasar jauh dari jangkaan aku.

Kesimpulannya, baca review sebelum bertolak ke kedai. Jika 95% dari 1,000 review di Google kata teruk, kau percaya sajalah. Tak perlu nak buktikan sebaliknya.

BACA: Tanggungjawab Besar Yang Perlu Dipikul Oleh Seorang ‘Influencer’ Untuk ‘Follower’nya

Sumber: Amir Syukri