peminjam PTPTN rumah pertama

Peminjam PTPTN Bebas Senarai Hitam Jika Beli Rumah Pertama

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perkara yang menggerunkan bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah apabila disenarai hitam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Memang sukar untuk golongan ini membuat sesuatu perkara terutama apabila disekat untuk ke luar negara dan tidak layak untuk membuat sebarang pinjaman di bank.

Jun tahun lalu, PTPTN mengesahkan 429,945 peminjam kini bebas dari disenarai hitam oleh Imigresen dan boleh ke luar negara. Bagaimanapun, PTPTN juga bercadang untuk menguatkuasakan semula sekatan dengan senarai hitamkan terhadap peminjam culas.

Mungkin bagi golongan ini mempunyai peluang kedua untuk dikecualikan dari senarai hitam CCRIS sekiranya berhasrat membeli rumah pertama.

peminjam PTPTN rumah pertama

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, skim itu dijangka mula dikuatkuasakan bermula 18 Oktober ini selepas Skim Perumahan Belia dilancarkan.

“Bagi graduan atau pembeli kali pertama, di mana ada senarai hitam dengan CCRIS, mereka boleh dikecualikan daripada senarai hitam untuk pembelian rumah.

“Mereka tidak akan dikenakan senarai hitam oleh CCRIS untuk beli rumah saja, kereta tak boleh, beli rumah boleh,” katanya.

Zuraida berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu selepas berunding dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan kini dalam proses untuk mendapatkan pakej skim berkenaan.

Sumber: Malaysia Gazette