Peminat Tuntut Keadilan Selepas Rakaman Audio Amber Heard Akui Pukul Johnny Depp Tular

Amber Heard Pukul Johnny Depp
Sumber: India Global

Dahulu, pelakon Amber Heard menceritakan kepada umum bahawa bekas suaminya, Johnny Deep telah menderanya secara fizikal sepanjang 18 bulan perkahwinan mereka.

Disebabkan itu, karier Depp digantung Disney dan beliau digugurkan dalam francais filem Pirates of the Caribbean walaupun sudah memainkan watak Jack Sparrow selama 15 tahun.

Terkini, tular sebuah rakaman suara bahawa Heard mengakui dirinya melakukan kekerasan terhadap Depp. Pasangan itu yang secara rasmi berpisah pada 2017 kembali menjadi perbualan peminat selepas rakaman audio itu tular di media sosial.

Amber Heard Pukul Johnny Depp
Sumber: CNN

USA Today melaporkan bahawa peguam Depp, Adam Waldman mengesahkan audio itu yang dirakam pada tahun 2015. Menerusi rakaman itu, Depp dan Heard sedang berbicara tentang sebuah insiden yang berakhir dengan keganasan fizikal, yang mana Heard akui memukul bekas suaminya.

Pada Mac 2019, Depp telah membuat tuntutan sebanyak AS$50 juta (RM206 juta) akibat kekerasan yang dilakukan oleh Amber.

BACA: Johnny Depp Dedah Betapa Psikonya Amber Heard

Masalah yang dihadapi Depp ini dilihat sistem dunia tidak begitu adil terhadap lelaki. Seorang pengguna Facebook, Mohd Zailee mengulas tentang isu ini yang mana apabila seorang lelaki itu didera seorang wanita, perlu kemukakan berpuluh-puluh bukti. Namun, sebaliknya terjadi kepada golongan wanita dengan hanya menulis di mana-mana media, terus diberi perhatian orang ramai.

Kes Johnny Depp didera bekas bini dia bernama Amber Heard ni aku follow sejak tahun lepas. Hari ni Johnny release…

Posted by Mohd Zailee on Saturday, February 1, 2020

Penularan rakaman audio itu membuatkan netizen melancarkan #JusticeForJohnnyDepp di laman Twitter dan berharap Amber Heard dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber: CNN