
Peminat Teruja Komik Lawak Kampus Bakal Diadaptasi Sebagai Siri Animasi
Yang lahir tahun 90-an pasti teruja Lawak Kampus diadaptasi siri animasi!
Bercakap tentang komik tempatan, salah satu siri komik yang pasti tidak terlepas dimiliki atau dibaca terutama peminat tegar ialah siri keluaran Lawak Kampus terbitan Gempak Starz.
Komik yang berkisar mengenai gelagat lucu dan kenakalan pelbagai karakter itu bukan sahaja berjaya membangkitkan kembali industri komik Malaysia yang agak suram ketika itu malah mengharumkan nama negara kerana turut menambat hati para peminat komik luar negara.
Jika sebelum ini peminat hanya dapat mengikuti siri tersebut menerusi komik yang dihasilkan oleh kartunis Keith, dilaporkan siri itu bakal diadaptasi sebagai animasi tempatan.

Memetik sumber yang dikongsikan Zhafvlog di laman Twitter, Lil Critter Workshop merupakan studio produksi untuk komik berkenaan yang akan dijadikan sebagai satu siri TV animasi.
LAWAK KAMPUS BAKAL JADI ANIME TV SERIES?!
Kalau tanya geng2 90s 00s konfem kenal dengan watak Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong, Xena, Bepop & Cikgu Noodle dari Komik Gempak! Nampak gaya Lawak Kampus bakal jadi Anime TV Series! Siapa sini fans tegar Lawak Kampus? 🙋‍♂️ pic.twitter.com/4aYk7aQBxx
— #ZHAFVLOG #NoWayHome (@zhafvlog) January 26, 2021
Lil Critter Workshop akan memfokuskan kepada tema persahabatan dan juga penerimaan diri seseorang sepanjang tempoh persekolahan selama 10 minit untuk setiap episod.
Pihak studio juga turut memfokuskan siri animasi Lawak Kampus ini untuk tontonan kanak-kanak dan juga seisi keluarga di seluruh Asia Pasifik.
Walau bagaimanapun, buat masa ini belum lagi disahkan platform mana yang akan menayangkan siri terbabit.
Berkemungkinan ia akan diumumkan selepas siri ini bersedia untuk ditawarkan kepada penerbit-penerbit di dalam industri.
Mungkin tidak semua yang memahami tentang keterujaan peminat apabila siri komik kegemaran bakal diadaptasi menjadi siri anime.
BACA: Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi Selepas Lebih 20 Tahun Bertapak Dalam Industri Komik
Namun, dengan pengumuman ini sedikit sebanyak memberi sinar kepada industri komik tempatan yang rata-ratanya peminat sudah lama menginginkan komik tanah air menjadi sebuah siri animasi seperti di Jepun.
akhirnya boleh tengok 'unknown' gerak macam mana https://t.co/BjjH2dquzE
— mijang (@mizanpilus_) January 26, 2021
finally an anime adaptation from malaysian’s comic PLEASE MAKEE MOREE IN THE FUTUREEE banyak best2 https://t.co/uGW0Y7ZlDz
— aiseyh A 5SOSfam (@abnrmalcrackhed) January 26, 2021
Bagi anda yang belum pernah mendengar dan melihat hasil animasi mereka, mungkin boleh melihat salah satu siri berjudul ‘Buck and Buddy’ yang anda boleh tonton di saluran YouTube.
Sumber: Lil Critter Workshop, Twitter Zhafvlog
Trending now



