Peminat Tegar Marvel Tonton Endgame 110 Kali

Peminat Tegar Marvel Pecah Rekod Guinness World Records Tonton ‘Endgame’ Dua Kali Setiap Hari

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun baru sahaja ditayangkan selama lima hari, filem Avengers sudah berjaya meraih kutipan RM5.9 bilion dan dalam masa 11 hari filem ini mengaut kutipan domestik hampir RM5 bilion di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat.

BACA: Baru 5 Hari Tayangan, Avengers: Endgame Berjaya Kutip RM5.9 Bilion

Setelah dua minggu tayangan, filem adiwira ini sudah berjaya menenggelamkan filem Titanic sebagai filem pecah panggung di peringkat global dan ianya yang kedua selepas filem Titanic.

Avengers: Endgame 3 Jam

Penyumbang utama kepada angka-angka kutipan ini sudah semestinya daripada peminat tegar dan mengikut filem keluaran Marvel yang rata-ratanya akan menonton lebih daripada sekali di pawagam; paling kurang pun dua kali tontonan.

Berbeza dengan seorang lelaki, Agustin Alanis yang mendakwa dirinya ialah peminat tegar Marvel sehingga sanggup meluangkan masanya selama 6 jam lebih setiap hari (pada hari bekerja) dengan dua kali tontonan bagi menyokong filem kesukaannya itu.

Jumlah tontonan beliau setakat ini ialah 112 kali!

Rekod itu telah dipecahkan beliau dengan bilangan tontonan peminat Marvel sebelum ini (2018) dipegang beliau dan Anthony Mitchell yang sudah menonton filem Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali di pawagam.

Sampai berjaya masuk Guinness World Records tau! Bukan biasa-biasa.

 

Patutlah filem-filem keluaran Marvel berjaya mengaut kutipan sehingga jutaan dolar. Seorang sahaja peminat tegarnya sudah boleh menyumbang sehingga ratusan dolar!

Anda bagaimana? Sudah berapa kali tontonan?

Sumber: Cinema Blend

Di sebalik tabir sebuah permainan video.

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.