page

Pemilik Laporan Akhbar Pengisytiharan Kemerdekaan Tolak Tawaran Belian RM20,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemilik laporan akhbar pengisytiharan kemerdekaan tolak tawaran RM20,000.

Biarpun pernah ditawarkan wang tunai berjumlah RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, salah seorang pemilik akhbar The Sunday Times yang bertarikh 1 September tetap enggan menjualnya kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi.

Mohd Tarmizi Ismail, 45 tahun yang menetap di Kampung Kekabu, Pasir Mas menjelaskan akhbar 32 muka surat yang dimilikinya adalah laporan lengkap mengenai pengistiharan kemerdekaan negara oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang bertajuk THIS IS IT.

Pemilik Laporan Akhbar Pengisytiharan Kemerdekaan Tolak Tawaran Jualan RM20,000 1
Sumber: Bernama

Akhbar berkenaan yang ditemui semasa merombak rumah pusaka milik arwah ibu bapanya selepas banjir besar melanda Kelantan pada 2014 lalu dijaga rapi sehingga kini.

Pemilik Laporan Akhbar Pengisytiharan Kemerdekaan Tolak Tawaran Jualan RM20,000 2
Sumber: Bernama

Sedang mencari tempat sesuai untuk menyimpannya supaya tidak rosak, Mohd Tarmizi mengalukan sekiranya ada pengumpul atau pakar yang mahu melihat laporan akhbar pengisytiharan kemerdekaan, bolehlah hadir ke rumahnya dan mengenai sama ada ia akan dijual atau tidak, beliau berkata perkara berkenaan boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan mencapai standard nilai barangan.

Untuk pengetahuan anda, akhbar berkenaan dicetak oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Tahukah anda, sebenarnya ada tujuh fakta menarik mengenai sejarah merdeka yang jarang diketahui?

Salah satunya ialah Perdana Menteri India dan Raja Thailand hadir ketika Hari Pengisytihran Merdeka. Lebih 20 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka ketika jam tepat 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957. Bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan.

Di samping negarawan kita sendiri, seperti Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, upacara itu juga disaksikan oleh wakil-wakil dari negara-negara lain seperti kehadiran Perdana Menteri India, Raja dan Permaisuri Thailand serta wakil Ratu England, Duke of Gloucester.

Baca lanjut di: 7 Fakta Menarik Disebalik Sejarah Merdeka Yang Jarang Diketahui

Sumber: Sinar Harian