Pemilik Dusun Pegang Gelaran OKB Mampu Raih Pendapatan Hingga RM200,000 Hasil Daripada Jualan Durian

Pemilik Dusun Durian Bergelar ‘Orang Kaya Baharu’ Mampu Raih Pendapatan Hingga Ratusan Ribu Ringgit

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemilik dusun durian di kawasan pedalaman Kelantan boleh digelar sebagai OKB (Orang Kaya Baharu) apabila berjaya meraih pendapatan sehingga RM200,000 dengan hanya menjual durian dalam pasaran tempatan.

Salah seorang pemilik, Ibrahim Che Musa memberitahu durian kunyit dan musang king kali ini agak memberangsangkan biarpun harga borong yang ditawarkan adalah sekitar RM35 hingga RM40 sekilogram.

 BACA: Kedai Ini Tawar Kerja Tukang Kupas Durian Dengan Gaji RM2,500 Sebulan, Tapi Syarat Tambahan Buat Netizen Terhibur

Memiliki kebun durian seluas 6.47 hektar, Ibrahim yang merupakan pemilik dusun durian mengakui hasil pendapatan yang diperoleh daripada dua kebun miliknya adalah sekitar RM100,000 ke RM200,000.

Sudah menerima tempahan sejak awal tahun, beliau yang mesra dipanggil Pak Him memberitahu biarpun tiada promosi dari segi pengiklanan dan eksport dilakukan, stok untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan masih lagi tidak mencukupi.

Ini Sebab Mengapa Harga Durian King Terlalu Yahudi Meskipun ‘Lahir Dan Membesar’ Di Malaysia 2

Pengarah Pejabat  Pelancongan, Seni dan Budaya Kelantan (MOTAC), Mohd Aidil Afizie Daud berkata pasaran durian kunyit dari kawasan pedalaman seperti Kelantan mampu dijadikan sebagai produk agro-tourism yang boleh menarik lebih ramai pelancong domestik yang gemarkan durian.

Sejajar dengan saranan kerajaan menggalakkan pelancongan domestik, sumber dan produk pelancongan seperti ini akan diketengahkan menerusia salah satu program iaitu visit kampung.

Sebelum ini, meme durian jenis Musang King menjadi tular kerana harganya yang dilabel sebagai Yahudi meskipun ‘lahir’ dan membesar di Malaysia; boleh mencecah RM80 sekilogram.

Menurut seorang pengusaha Dusun Tok Bak, Jalan Kempas Lama, Johor Bharu, Md Mujahit Rahmat, rahsia di sebalik harga Yahudi durian jenis Musang King adalah disebabkan proses penjagaannya yang agak rumit selain daripada nilai komersial yang dimiliki raja buah ini.

BACA: Harga Durian Musang King Terlalu Yahudi Meskipun ‘Lahir Dan Membesar’ Di Malaysia, Ini Sebabnya

Sumber: Astro Awani