Miss World Japan 2019

Pemenang Miss World Japan 2019 Cetus Kontroversi Hanya Sebab Berusia 16 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Acara ratu cantik merupakan sebuah idea mega yang bermula setengah abad lalu di Britain yang bertujuan mengumpul dana dengan memperaga pakaian bikini.

Sambutan luar biasa melahirkan lebih banyak acara ratu cantik yang menerima pengiktirafan antarabangsa, kebangsaan mahupun sekadar suka-suka termasuk kini dalam talian.

Tidak dinafikan acara ratu cantik sering terperangkap dengan pelbagai jenis kontroversi tida kiralah daripada mana-mana acara ratu cantik. Terkini, Jepun baru sahaja memahkotakan Marika Sera sebagai Miss World Japan 2019.

Menariknya, Miss World Japan 2019 pada kali ini mencetus kontroversi di sana kerana Marika baharu sahaja berusia 16 tahun dan masih belajar di sekolah menengah. Ini menjadikan Marika seorang pemenang termuda dalam sejarah Miss World yang pernah diadakan.

Marika Sera berjaya mengetepikan 30 peserta lain untuk dinobatkann sebagai Miss World Japan 2019. Keputusan juri memilih Marika menjadi bualan masyarakat di sana kerana kebanyakannya mereka percaya bahawa Marika tidak akan mendapat gelaran Miss World 2019 disebabkan beliau belum mencapai umur 18 tahun. Tambahan pula, ketinggiannya hanya 1.59m yang meyakinkan orang ramai untuk beliau dinobatkan Miss World Japan 2019.

Miss World Japan 2019
Sumber: Japan News

Kebiasaannya, kriteria fizikal untuk mereka menyertai Miss World ialah seorang yang tinggi dan berumur 18 tahun ke atas. Namun begitu, Marika mempunyai kekuatan tersendiri kerana memiliki muka yang menawan dan mata bundar.

Ketika ditanya wartawan tentang faktor kemenangannya, Marika Sera dengan yakinn menjawab,“Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk hidup”. Dilaporkan, Marika Sera ingin menjadi model yang berpengaruh pada masa akan datang dan membawa diri sendiri untuk menyampaikan mesej positif kepada dunia.

Miss World Japan 2019
Sumber: Mysta

Difahamkan, pertandingan ratu cantik Jepun membenarkan peserta berumur 16 hingga 18 tahun. Bagaimanapun, pertandingan ratu cantik dunia kebiasaannya akan menerima peserta berumur 18 tahun dan ke atas.

Inilah menjadi salah satu sebab kemenangan Marika menjadi kontroversi di sana. Malah, media Jepun menganggap pertandingan ratu cantik pada kali ini adalah yang tidak masuk akal.

Sumber: The World News

Jom saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1fUzoyFl0T/